Makan nak sedap tapi taknak bayar! - ceritaejoy

Makan nak sedap tapi taknak bayar!

9:02 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Al-kisahnya, pagi tadi waktu aku nak sarapan pagi kat kafe. Depan aku ada seorang pekerja dari department lain. Lama sungguh beliau cedok makanan masuk dalam pinggan makan dia. Aku mulanya sabar jelah, yelah, orang tu sedang ambil makanan dia kan. Tapi macam lama pulak aku tunggunya. Dalam hati aku, ish, betul-betul dia nak makan ni. Yelah, semua makan nak sedap kan?

Dalam pinggan makan dia, ada bihun, penuh dengan kentang goreng plus ayam goreng! Pergh! Sarapan pagi macam ni? Kenyang sungguh. Dia dah puas cedok semua yang dia nak makan, dia pun jalan, dalam masa dia nak jalan tu, aku toleh la ke belakang, aku tengok dia jalan terus je ke meja makan. Aiks! Mamat ni tak bayar makan ke? Dalam kepala aku dah mula fikir dah, mamat ni nak makan sedap tapi taknak bayar ke?

Nak sedapkan hati aku, dan mahu berprasangka baik. Aku cuma cakap, mungkin dia dah bayar dan aku tak perasan. Aku pun pergi la ke kaunter bayaran sebab nak bayar makanan aku. Waktu tu pulak, aku nampak mamat ni bangun dari kerusi dia, pergi ke bahagian minuman dan tuang air. Rasanya milo atau teh macam tu. Aku perati jelah. Confirm! Memang jenis tak bayar makan. Laju je dia jalan ke meja makan dia dan sambung balik minum. Makan nak sedap tapi taknak bayar!

Pelik aku, benda masuk dalam perut kot, jadi darah daging kan? Tak takut ke makan benda haram? Itu satu, kalau duit tak cukup, makan la sekadar isi perut, bukan makan tahap gaban kenyangnya. Itu dah kategori teruk sangat dah. Siap air berperisa lagi. Minum air masak sudah. Kan? Aku betul-betul pelik dengan mereka yang makan nak sedap tapi taknak bayar ni. Hish!


You Might Also Like

7 comments

  1. ada jugak manusia yang macam ni. pelik sungguh makan tak nak bayar ni

    BalasPadam
  2. ke dia ingat makan kat situ free..hehe

    BalasPadam
  3. Kat tempat kerja saya, makan tengahari je makan free. Makan la apa menu sekalipun, semua free. Tapi makan pagi dan petang kena bayar. Mungkin betul agaknya dia rasa makan free. :)

    BalasPadam
  4. MACAM2...
    DIA TAK FIKIR APA YANG DIA MAKAN AKAN JADI DARAH DAGING DALAM BADAN...

    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. mungkin dia bayar selepas makan agaknya

    BalasPadam
  6. erk? ada jugak mcm tu? peliknye...takut eh dh bape lama agknya dia buat keje tu

    BalasPadam
  7. Orang mungkin faham kalau dia ambil cuma untuk isi perut je, tapi kalau amik banyak macam tu, ish!

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email