Kesabaran dalam mendidik anak. - ceritaejoy

Kesabaran dalam mendidik anak.

4:47 PTG

Betullah apa yang dikatakan orang, bila kita dah ada anak nanti, kita tau lah kenapa mak ayah kita selalu bising-bising kat kita. Ternyata, kesabaran perlu ada dalam mendidik anak. Anak aku bakal mencecah umur 2 tahun minggu hadapan. Dalam usia semacam ini, macam-macam perangai yang dia mula tunjukkan.

Anak aku lelaki, kalau dah menjerit, hamboi, 1 dewan boleh dengar. Rasanya, ramai juga anak-anak kecil, yang sebaya anak aku, suka mendesak. Mendesak yang macamana? Bila mereka inginkan sesuatu, mereka pasti mahukan, jika tak dapat, tangisan atau teriakanlah yang menjadi "punca kuasa" mereka. Di sinilah perlunya kesabaran dalam mendidik anak.

Aku pula, jenis yang suka mengikut. Tapi ada batasannya. Jika anak aku inginkan sesuatu, macam ajak aku ke taman permainan. Aku akan bawa dia. Dah petang sangat pun, aku bawa juga. Tapi, bila dia dah mula bermain, memang susah nak balik. Dah masuk waktu maghrib pun taknak balik jugak. Aku pulak, kalau masuk waktu macam ni, aku dukung jer masuk kereta. Apa lagi, menjerit la macam orang pukul dia. Pekak sekejap telinga aku. Ish, kalau tak ada kesabaran, mau aku cubit-cubit dia. Hmm.

Aku jenis yang tak berminat dengan gelagat-gelagat memberontak ni. Macam berguling-guling kat lantai kalau tak dapat sesuatu. Kalau kat rumah ok lagi, kalau dekat mall? Orang sekeliling dah tentu tengok, hish! Itu boleh buat aku betul-betul jadi marah. Sangat marah! Ini yang banyak orang cakap, perlu kesabaran dalam mendidik anak.

Aku dibesarkan dengan didikan tentera. Ayah aku seorang tentera. Didikan beliau sangat tegas. Hinggakan, kalau aku menangis, dengar bunyi motor ayah aku balik kerja je, aku akan berhenti serta merta. Adik beradik yang lain pun sama. Ayah aku pulak, jarang berbual dengan anak-anak, itu yang membuatkan dia jadi sangat tegas pada mata aku dan adik beradik aku. Tapi, aku tak sikit pun, ikut apa yang di tunjukkan ayah aku. Aku ingin menjadi kawan dan sahabat dengan anak aku. Itu pun salah satu daripada cara didikan anak.

Sekarang aku dah nampak, kenapa ramai orang yang sudah mempunyai anak cakap dengan aku, "ko tunggu la bila dia besar nanti, waktu tu la nak tengok samada ko ni jenis yang penyabar atau tidak".

Sapa yang tak sayang anak kan? Cuma kadang-kadang, kita letih, kena pulak dengan perangai dia, kita mudah jadi marah. Anak-anak ni sebenarnya nak kan perhatian daripada ibu dan ayah mereka. Sebab tu dia buat perangai, nak luahkan, mereka tak tahu. Apa pun, kesabaran perlu ada dalam mendidik anak.

You Might Also Like

4 comments

  1. btl2, anak kita sebaya cuma anak sy bulan 4 nt masuk 2 tahun... sebab tu sy x ajar sy main kat playground sbb sy xnak mcm tu lah.bila dh asyik main, mesti susah nak blk...Sbb sy pnh ada pengalaman...pengalaman pertama dan terakhir bg sy.Hahaha...ajak blk dia xnak...last2 terpaksa dukung bawak masuk kete, memang dia mengamuk la tendang2 dashboard tu... memang sabar je pon...dia tgh mcm tu kalo mrh pn xde guna, lagi memberontak..lama2 dia jgk yg penat sbb nangis hehe...

    BalasPadam
  2. betul, org yg bersabar & kuat and tabah je boleh jadi parents hihihi :D

    BalasPadam
  3. sabar..bro. aku pun tak suka anak anak bising bising...senang je, kau beri apa yang bini kau nak dulu heeee

    1) makan
    2) layan dia
    3) bagi duit..
    4) bagi apa yang dia nak..

    bila bini dah ok...biar bini yang layan anak anak....apeeelagi kau pglah minum teh tarik kat luar...

    BalasPadam
  4. Amar: Part bagi wife tu. Hehehehe. Kot da mintak yang bukan-bukan? Pening jugak nak melayan tu. Hehehehe.

    Aqilah: Kira saya ada semua tu la, sebab anak nak masuk 2 dah. Hehehehehe.

    Mila: Kalau wife mungkin boleh sabar banyak la sebab naluri keibuan tu kuat, macam ayah mungkin marah tu lagi banyak, hmm, apa pun, saya tetap sayang anak saya. :)

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email