#Jumaat: Kenapa Air Laut Masin? - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

#Jumaat: Kenapa Air Laut Masin?

Ini soalan yang dah lama aku dapat dari seorang ustaz. Tetiba aku teringat balik soalan ni malam tadi, so, harini macam nak kongsi lagi. Kenapa air laut masin?

Macam-macam jawapan yang keluar. Dan semuanya salah. Aku siap tanya kawan-kawan aku lagi. Soalan yang aku dapat dari seorang ustaz ni. Kenapa air laut masin?

Agaknya dah puas memikirkan, barulah aku di beri jawapan oleh si pemberi soalan, kenapa air laut masin.

" Ustaz tu cakap, sungai yang mengalir kat bumi ni, semua mengalir ke laut. Dalam sungai tu, ada macam-macam. Sampah sarap, bangkai haiwan, dan macam-macam lagi. Dan, kalau air laut pun sama tawar macam air sungai, bumi ni akan jadi busuk. Yelah, semua sampah mengalir ke laut. Luasnya laut tak terkata. Air laut yang masin tu la yang menghilangkan bau-bau tu. Dan ombak pula akan menghancurkannya. Akhirnya, ia tengelam ke dasar, dan menjadi minyak"

Ada logiknya juga kan? Wallahualam. Sekadar perkongsian di hari jumaat.

@ceritaejoy


loading...

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com