Impian aku yang sangat tinggi! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Impian aku yang sangat tinggi!

Semua pun ada impian sendiri kan? Sama macam aku. Cuma harini aku nak kongsikan sikit impian aku yang sangat tinggi pada mata aku tetapi mungkin tidak pada mata orang lain.

Aku sekarang ni, gunakan motosikal wave 100 jer. Inilah kenderaan pertama yang aku beli dalam hidup aku ni. Dah macam-macam jadi kat motor ni, tapi masih lagi aku gunakan sampai sekarang. Hehehehe. Bila bercerita tentang impian aku yang dari dulu aku simpan, memang ternyata sangat tinggi. Aku ingin memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi!

Selain daripada bentuknya yang pada mata aku sangat seksi, aku suka dengar bunyi-bunyian yang terhasil daripada pembakaran 4 inline piston nya. Fuh! Mengoda jiwa aku di buatnya. Dan akibat daripada impian yang terhasil di dalam jiwa aku ni. Aku ada 1 perangai yang sikit pelik.

Perangai apa tu? Kalau aku kat atas jalan, ada sebuah superbike lalu, aku akan kejar motor tu, dan berharap superbike tu berhenti kat traffic light. Supaya aku boleh tengok dan dengar bunyi ekzos motor tu. Hahahaha. Dan kenderaan yang aku gunakan untuk kejar superbike tu? Honda wave 100 aku. Terkejar ke? Hehehehe. Impian aku yang sangat tinggi.

Satu lagi, kalau dari jauh aku dah dengar bunyinya, aku akan berhenti tepi jalan dan tunggu. Lepas je superbike tu lalu, aku akan bergerak semula. Wife aku dah cukup masak dengan perangai aku. Mula-mula nikah dulu, dia sedikit tak paham la, dah lama ni, dia pun dah masak sangat dah dengan impian aku yang sangat tinggi ni.

Sebenarnya, semua pun mampu nak pakai. Nak beli, semua mampu beli, cuma nak kekalkan atau maintain kan ansuran dan servis je yang ramai tak mampu. Nak beli semua boleh beli, tapi nanti bagi anak bini makan pasir je. Hish! Impian aku yang sangat tinggi.

loading...

6 ulasan:

  1. hehe btl tu.kalo ikut impian tu semua nak yg indah2 je..ekeke

    BalasPadam
  2. Kan? Hehehehe. Takpe, saya dah mula menyimpan RM50 sebulan untuk beli superbike impian saya. Hehehehhe

    BalasPadam
  3. suami sy punya impian pun nak moto besar ape ke ntah nama dia..sy ckp..haa...kumpul la duit dulu..xpun tetiap malam jusl botol tin kosong...hahaha...semoga impian kamu tercapai~

    BalasPadam
  4. Ok ini rare. Moga tercapai impian bro :)

    BalasPadam
  5. Hahahahaha. Ini rare yer. Hahahahaha

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com