Hanis Zalikha Balas Balik Teguran seorang ustaz. - ceritaejoy

Hanis Zalikha Balas Balik Teguran seorang ustaz.

9:45 PG

Aku tak tengok pun sebenarnya rancangan ni. Tapi bila ramai blogger yang cerita pasal perkara ni, aku pun terpaksa la ambil tahu. Isunya bila aktor hairul azreen melamar hanis zalikha ( yang juga seorang blogger) secara live yang di tonton ramai rakyat malaysia.

Ramai yang memberi komen positif dan ramai juga yang memberi komen negatif.

Terbaru, ia mendapat komen dari seorang ustaz iaitu zulkefli atau istaz zul hamat.


"Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. 

"Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah," ujarnya. 

Katanya, banyak cara lain yang boleh dilakukan oleh pelakon itu bagi membuktikan rasa cinta untuk melamar kekasihnya. 

"Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja. 

"Kalau dalam agama Islam... seseorang itu perlu melakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu. Saya takut perkara ini akan disalah anggap oleh penganut agama lain yang beranggapan cara perkahwinan Islam sama dengan cara agama mereka," ujarnya. 

Teguran ini bagaimana pun dibalas oleh hanis zalikha:

You Might Also Like

3 comments

  1. orang malaysia memang bijak2..ada diploma, ijazah, master, phd..lagi apa ek..hehe
    memang susah untuk ditegur..mesti ada je yang tolong jawabkan..
    walaupon yang menasihatnya adalah seorang ustaz dan pencerahan ustaz tu pon berlandaskan agama

    BalasPadam
  2. Parah la kalau tak leh tegur ni.. boleh menimbulkan salah sangka pada penganut agama lain.

    BalasPadam
  3. haila manusia...ni lah yang jadi kalau rasa diri dah betul...semoga diberi hidayah..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email