Ego seorang lelaki. - ceritaejoy

Ego seorang lelaki.

11:05 PG

Mana lebih tinggi di antara ego lelaki dan wanita? Wanita dari fahaman aku, mereka cepat marah dan cepat pula sejuknya. Betul atau tidak? Ini hanya pada pandangan aku dan mungkin berbeza dengan orang lain.

Macam aku, aku sukar memaafkan. Terus terang aku katakan, jika ianya terkesan dalam hati aku, memang sukar untuk aku maafkan.

Ianya tak semudah mengeluarkan kata-kata seperti yang dilakukan ramai orang. Ianya takkan hilang dengan hanya bercakap.

Ada sesetengah orang, mereka akan duduk bersemuka, dan meluahkan segala macam perasaan. Dan memang akan wujud suasana yang tidak selesa sewaktu sesi luahan perasaan tersebut.

Dan selesai sahaja sesi tersebut, selepas segala macam masalah dihuraikan, keadaan akan kembali normal seperti biasa.

Lain dengan aku, jika aku berada dalam sesi itu pun, ia sebenarnya menambahkan lagi perasaan tidak selesa aku dan langsung tidak akan menyelesaikan masalah.

Apa yang sebenarnya berlaku?

Adakah ini yang dikatakan sebagai ego lelaki?

Aku bukanlah orang yang rajin mengeluarkan kata-kata. Dalam erti kata lainnya, aku hanya rancak berbual dengan teman rapat sahaja. Aku lebih suka mendiamkan diri dan memerhatikan keadaan sekeliling.

Tetapi ianya tidak bermakna apa-apa bila melibatkan perasaan. Di dalam hati, aku selalu berkata-kata. Dan jangan pernah ada perkara yang menyakitkan hati aku. Kerana jika ianya berlaku, terlalu sukar untuk ianya hilang.

Adakah ini yang di namakan ego seorang lelaki?

Ego tentang kesalahan diri sendiri dan selalu menganggap setiap perkara yang dilakukan adalah betul?

Bagaimana ianya boleh dibetulkan? Atau ia adalah lumrah?


You Might Also Like

3 comments

  1. saya tak pandai sangat bab macam ni. selalunya bila baca novel lah (takde pengalaman) , ego tu sebab tak mengaku kesalahan diri dan biar org lain rasa bersalah.. dan akhirnya masing-masing ikut haluan sendiri sampai lah dia buang perasaan ego tu dan akui kesilapannya. *maaf ya kalau salah, ini selalu baca novel je la hee*

    BalasPadam
  2. maybe sometimes 'silent' is the best way but let say kalau awak berhadapan ngan org yang sama tinggi ego macam awak sampai bila nak okay..ego mmg tak boleh buang tapi boleh dikurangkan...dan kalau marah sangat kat someone tu and susah nak turunkan ego, cuba ingat balik kebaikan yang pernah dia buat kat kita..*happy reading..peace !

    BalasPadam
  3. rasa cem dedua saja sama egonya. tapi kearah yang berasingan and keadaan yang tertentu.. my point of view la hehehe..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email