Blogger tanpa internet dan komputer sendiri. - ceritaejoy

Blogger tanpa internet dan komputer sendiri.

2:34 PTG

Ada tak blogger yang takda internet dan komputer milik sendiri? Jika ada, bolehlah geng dengan aku. Hehehehe. Yes! Aku takda komputer sendiri, apatah lagi internet kan? Jadi kalau nak jadi blogger, perlulah internet dan komputer sendiri. Itu pada pemikiran aku.

Jadi, macamana aku berblogging nih? Jeng. Jeng. Jeng. Aku gunakan komputer pejabat. Wahahahaha. Nampak sangat banyak masa aku kan? Yelah, boleh post entry, cari-cari cerita untuk blog aku walaupun dalam kerja. Yer, aku takda komputer sendiri. Hmm, akulah blogger tanpa internet dan komputer sendiri.

Hidup aku kat opis ni akan sedikit tak keruan kalau komputer aku takda internet. Memang bosan sangat-sangat lah. Pernah sekali line internet problem, ah sudah. 1 hari pulak tu. Hmm. Dalam kepala aku fikir, camana lah aku nak update blog ni. Wahahaha, bukan fikir pasal kerja, fikir pasal nak update blog. Susah kalau takda internet dan komputer sendiri ni kan?

Mungkin ada yang tertanya-tanya ( ada yang tanya ke? Ke aku je yang syok sendiri?) aku ni kerja apa? Banyak masa aku update blog. Aku cuma leh kasitau, aku cuma sibuk sekali setiap 2 tahun atau paling lama 4 tahun. Dalam masa 4 tahun tu, aku cuma sibuk sekali sahaja. Ha, pernah dengar tak kerja macam ni? Wahahahahha.

Hmm, aku kena cari jugak 1 komputer dan cepat-cepat pasang internet kat rumah aku. Nak jadi seorang blogger yang serius, kena ada 2 benda penting tu. Susah la kan, waktu kerja je boleh update blog. Tapi syok la jugak, waktu kerja sempat update blog. Hehehehehhe. Buat masa sekarang, akulah Blogger tanpa internet dan komputer sendiri.

You Might Also Like

2 comments

  1. kita geng.. sama lahh.. tapi sya ada komputer cuma xdak internet. updated blog time office ja. Memang keja kat office ni best sempat nak updated blog, BW, online FB bagai.. Hihi

    BalasPadam
  2. samalah kita.. kita geng. N takder pc tapi kalau nak upload pic dalam entry buat draft bolehlah guna HP. Dan kalau lagi rajin update guna phone, tapi selalunya guna PC sebab phone macam susah :P

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email