Bas rentung akibat 1 tayar! - ceritaejoy

Bas rentung akibat 1 tayar!

9:37 PG

Tapah: Sekurang-kurangnya lapan maut, termasuk tujuh rentung dalam kemalangan membabitkan bas persiaran di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, bas berkenan yang dalam perjalanan dari Kuala Kurau, dekat sini dan menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke parit di kiri jalan dan terbakar.

"Bas terbabit melanggar tayar lori sebelum merempuh sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan dan kemudian terbabas serta terbakar.

"Pemandu kereta jenis Charade dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

Bas berkenaan dinaiki 31 orang dan setakat ini tujuh penumpang maut di tempat kejadian manakala pemandu bas maut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Sementara itu, 21 cedera dan dua lagi selamat.

Beberapa mangsa yang parah kini dipindahkan ke HRPB untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Lim Soo Lan, 59; Tan Ah Ba, 65; Tan Chan Hing, 49; Aw Ah Poh, 56; Tan Ah Baa, 64; Ong Ah Yook, 58; dan Sin Ah Guat, 54.

Bagaimanapun, pemandu bas yang belum dikenal pasti identitinya.

Kesemua mayat kini di Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan mayat pemandu di HRPB Ipoh.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email