Anak masih gunakan botol susu! - Ceritaejoy

Header Ads

Anak masih gunakan botol susu!

Anak aku genap 2 tahun bulan ni. Bulan lepas, dia dah taknak botol susu dia. Aku cukup suka dengan perkembangan tu. Yelah, dia dah minum guna cawan.

Semalam aku balik kerja, aku belikan dia air kotak. Memang jadi rutin, kalau aku balik kerja lewat, aku akan belikan dia apa-apa makanan sebagai hadiah. Yelah, anak tunggu ayah balik kerja lewat kat pintu rumah, kalau belikan dia hadiah, mesti dia lagi seronok dan terasa berbaloi. Hehehehe.

Tapi, yang jadikan ianya spoil adalah, bila wife aku isikan air tu dalam botol susu. Botol susu?? Botol susu anak aku yang sebelum ni, aku dah buangkan. Jadi, dari mana datangnya botol ni?

Aku yang tengah angkat dumbbell, terus letak balik sebab tengok anak aku minum guna botol susu. Hish! Macam-macam soalan la yang keluar dari mulut aku tanya kat wife.

Rupanya, siang tu, waktu aku kerja, dia bawak anak g kedai runcit. Anak aku pulak ternampak botol susu tu. Menangis dia nak botol susu tu. Wife pun belikan.

Aku cuma cakap, aku tak suka anak aku gunakan botol susu tu. Dia dah buang botol susu lama, jadi, itu adalah permulaan kepada tiada langsung penggunaan botol susu. Jadi, kena ajar dia sepenuhnya, minum tanpa guna botol susu.

Bila wife belikan balik, ini semacam mengajar dia untuk guna semula. Jadi, pengajaran akan menjadi lebih susah.

Hmm. Jika aku, tak semua perkara yang anak aku inginkan, aku akan ikut. Hanya sesetengah perkara yang perlu dan sesekali sahaja akan aku ikut. Bukan sebab aku tak sayangkan anak. Tapi aku nak mengajar dia, perlu ada usaha untuk mendapatkan sesuatu. Bukan sekadar meluahkan sahaja.

Didikan bermula dari kecil. Aku tidak memaksa untuk mengikut segala perintah aku. Aku cuma mengajar secara permulaan. Untuk dia tahu, cara untuk hidup kat dunia ni.

Lain orang, lain caranya.




5 ulasan:

  1. terlalu awal kot nak putus botol tu.baru 2 tahun.... time tido dia x minum susu ke, klo terjaga mlm2?

    BalasPadam
  2. tak pa slow2..insyallah nnt boleh pisahkn terus botil ty

    BalasPadam
  3. Sebelum tidur, dia akan minum air masak, dalam cawan. Kalau terjaga malam, sebab nak minum. Dia akan bangun, duduk dan minum air.

    BalasPadam
  4. dia muda lagi tu.... 2 tahun takut tumpah lak minum dalam cawan... :)

    BalasPadam
  5. Bukan takat tumpah jer, pecah pun ada. Hehehehe. Kalau makan, mesti banyak di luar daripada dalam mulut. :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com