18SG : Rakan sekerja maut motosikal langgar lori ayam. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

18SG : Rakan sekerja maut motosikal langgar lori ayam.

Pagi tadi, waktu aku masuk kerja, kecoh sekejap isu seorang pekerja yang maut kemalangan. Aku sebenarnya, tak berapa ambil pusing pada awalnya, kerana aku baru masuk kerja harini. Jadi banyak perkara yang aku perlu uruskan.

Bila aku dah betul-betul free, baru aku tanyakan pada seorang rakan sekerja aku. Apa sebenarnya yang berlaku. Rupanya, arwah adalah pekerja dalam department aku! Hah? Aku kenal sangat dengan mangsa kemalangan maut ni. Arwah sebenarnya pekerja praktikal dalam department aku.

Arwah ada memohon untuk terus bekerja di sini selepas beliau menghabiskan sesi pembelajarannya di sebuah kolej. Sebenarnya, ramai juga rakan-rakan aku yang terkejut dengan berita ni. Aku nak cerita banyak pun, aku tak tau semua cerita, tau pun dari mulut rakan-rakan sekerja.

Allah lebih mengetahui segalanya. Al-fatihah untuk arwah dan semoga keluarganya menerima takdir ilahi ini dengan redha. Amin.

Untuk gambar, boleh tengok kat sini : 18sg-penunggang-motorsikal-maut-langgar-lori-ayam.html
loading...

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com