Yang pertama, bukan yang terakhir. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Yang pertama, bukan yang terakhir.

Rasanya ramai yang ingin menjadi yang pertama bukan yang terakhir. Sama je gan aku. Aku tak suka jadi pilihan yang akhir, pilihan yang mana, dah takda orang, baru pilih aku.

Mungkin ada yang boleh terima keadaan seperti ini. Pada aku, bila kita jadi pilihan yang terakhir, ini bermakna, kita masih belum jadi yang terbaik.

Yelah kan, semestinya, mereka-mereka ni, dah puas cari orang lain, pergi sini, pergi sana, bila dah takda orang, ok, dia ni ada, mesti dia ambil projek ni punya. Tabur duit, last minit pun dia akan ambil, sebab dia nak duit.

Bila perkara macam ini ada dalam minda orang-orang ni, ini menunjukkan yang kita punya level masih pada tahap rendah. Walaupun, kita bukan berada pada level yang dimaksudkan.

Siapa suka kan? Kalau pun, zaman sekarang, memerlukan "wang" yang banyak, tapi bukan dengan perkara semacam ini!

Apa ingat kita kemaruk sangat ke dengan wang korang tu? Kita masih ada pendapatan tetap, pendapatan dengan mereka ini adalah pendapatan sampingan. Jadi, kami juga boleh membuat pilihan, samada ingin terima atau menolak.

Pening aku dengan orang-orang macam ni, bila kita jadi pilihan terakhir, ini bermakna, harga yang mereka tawarkan juga boleh menjadi semakin rendah dek kerana pemikiran yang kita adalah tidak berkualiti setanding dengan mereka yang menjadi pilihan utama.

Minta maaf la ye. Ini adalah pendapatan sampingan, jadi kami juga berhak membuat pilihan. Kalau pun, level kami masih berada pada tahap rendah, tapi diri kami bukan yang terendah.


loading...

4 ulasan:

  1. Blogwalking sini dari segmen kak Mia :)

    BalasPadam
  2. betol itu.. sokong ap kamu ktekan

    BalasPadam
  3. alahai... sabar ya...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #11. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/12/senarai-url-blog-11.html

    BalasPadam
  4. Sebab dijadikan pilihan terakhir, jadikan motivasi sendiri untuk kita jadi lebih baik. Pedulikan mereka. Kita mampu jd pilihan pertama untuk yg lain :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com