Tersalah buat keputusan? - Ceritaejoy

Header Ads

Tersalah buat keputusan?

Sekejap tadi, sewaktu duduk-duduk rehat di rest area, kami berborak tentang seorang bekas pekerja di syarikat kami bekerja sekarang.

Seorang rakan memberitahu yang beliau kini sudah berhenti kerja di tempat baru dan bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1600 sebulan!

Semasa beliau kerja di sini, purata gaji beliau sebulan adalah RM2800, dan di tempat baru, purata dalam RM3000 lebih.

Bayangkan, gaji sekarang adalah separuh daripada gaji yang diterima sebelum ini. Ini sangat-sangat menekan kehidupan beliau.

Bayaran kereta adalah RM800 sebulan, bayaran rumah sewa adalah RM400 sebulan. Ini bermakna belanja tetap yang perlu dikeluarkan sebulan adalah RM1200. Bagaimana pula dengan perbelanjaan rumah dan anak-anak? Beliau ada 4 orang anak dan seorang suri rumah sepenuh masa.

Jika aku berada di tempat beliau, aku tidak akan memikirkan peribadi aku semata-mata. Jika kerja baru yang aku terima adalah lebih sukar daripada kerja aku sebelum ini, aku akan tetap teruskan juga. Ini kerana, ada 2 jiwa yang lebih penting dari hati dan perasaan aku. Mereka adalah isteri dan anak aku.

Dan, kalau pun aku perlu juga berhenti kerja. Aku akan memastikan simpanan aku cukup untuk aku tidak bekerja dan membayar segalanya dalam masa 1 tahun.Inilah kesilapan yang banyak dilakukan oleh kebanyakkan orang. Mereka tidak sedar akan perkara ini.

Apapun, aku dan rakan-rakan, sentiasa mendoakan rakan kami, supaya mendapat kerja yang lebih baik dan ekonomi beliau akan kembali kukuh.



2 ulasan:

  1. betul tu saya sokong, kalau tak, takkan saya terus bekerja

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com