Talian perkhidmatan astro bermasalah?? - ceritaejoy

Talian perkhidmatan astro bermasalah??

7:52 PTG

Aku sememangnya ada tunggakan dan astro dah pun hantar mesej supaya jelaskan dengan segera dan hubungi no bantuan : 03 7628 8060 dengan segera.

Aku pun apa lagi, call lah untuk berhubung dengan pegawai astro. Yang menjadi masalahnya adalah, aku call pagi, berkali-kali, tak angkat. Call tengahari, berkali-kali, tak angkat. Aku try petang pulak, pun sama. Malam aku cuba lagi. Pun sama.

Dan yang aku rasakan ianya sangat bermasalah adalah, aku dah cuba 3 hari berturut-turut! Ini sememangnya bermasalah. Aku fikirkan, selamat aku call pakai telefon pejabat, kalau guna HP aku? Sah-sah kredit habis camtu je.

Yang buat dia lagi masalah adalah, no telefon ni call aku. Aku pun, alhamdulilah. Astro call balik. Laju je aku angkat. Bila angkat:

" Akaun astro anda ada tunggakan, sila jelaskan bil dalam masa terdekat. Sila hubungi 03 7628 8060 dengan segera"

Yang call aku ni, guna no yang sama. Hai. Macam ni sekali ke? Call guna no yang sama, tinggalkan pesanan suara, suruh call no ni balik? Aiks.

Aku try call no astro : 03 9543 3838 , Rasanya dah 3 kali aku call ( Sebelum aku update entry ni) pun tidak berjawab. Hish. Susah jugak ya. Aku nak try lagi lepas ni. Tapi tah bila agaknya pegawai perhubungan astro ni nak angkat. Huhuhuhu.

* Aku sebenarnya dah 1 bulan tak pakai astro. Semua yang berkaitan astro, aku dah tinggalkan kat rumah sewa aku sebelum ni. Aku memang nak henti langgan dan pakai channel biasa jer. Harap pegawai perhubungan astro akan angkat phone aku. Terima kasih.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email