Sakit pinggang! - ceritaejoy

Sakit pinggang!

8:41 PG

Bangun tidur pagi tadi je, aku dah rasa perit kat bahagian pinggang, ish, salah tidur ke malam tadi? Aku biasanya akan tidur kat bahagian hujung katil. Yelah, sebab bagi ruang kat anak dengan wife aku. Mereka 2 orang je dah penuh 1 katil, bukan sebab besar, tapi paham-paham jelah, habis di pusingnya 1 katil tu. Ayaks!

Waktu bawak motor ke tempat kerja pun still rasa sakit lagi. Ish, betul-betul tak selesa sakitnya ni. Waktu aku ngah taip entry ni pun, duduk kat kerusi aku, masih lagi rasa berdenyut-denyut. Hmm.

Aku fikir-fikir balik. Apa yang aku buat sampai rasa sakit macam ni kan? Fikir punya fikir, baru aku teringat, yang petang semalam, aku ada angkat tong gas! Adui! Mesti aku salah angkat ni. Sebenarnya dah lama tak tukar gas sendiri. Semua diuruskan pekerja kedai gas di kawasan rumah aku ni.

Tapi disebabkan semalam dia cuti, so, aku la yang kena buat sendiri. Itulah kan, sebelum ni, semua harapkan orang, bila kena buat sendiri, inilah jadinya.

Penyebab kepada sakit pinggang ni, adalah di sebabkan jarak aku mengangkat tong gas ni. Jauh
! Dari kedai nak ke kereta. Parking pulak penuh time tu. Hish!

Nampaknya, terpaksa la aku ke klinik sekejap lagi. Nak ambil minyak urat. Flanil! Sapu banyak-banyak, dan rasakan "ketegangannya". Fuh!



You Might Also Like

3 comments

  1. Masuk dlm troli je..yang pg angkt kenapa broo..hee

    BalasPadam
  2. Ayaks. Troli tidak disediakan. itu yang kena angkat sendiri. Berat tu. Ayaks!

    BalasPadam
  3. kenapa tak golek-golek kan tong tu.. berat..memang sakit la belakang..klu kerap sangat sakit, mungkin blh cuba suplemen.. :)

    http://syidamenulis.blogspot.com/2014/11/suplemen-kalsium.html

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email