Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang! - ceritaejoy

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang!

12:36 PTG

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.
Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus A320 AirAsia itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu.

You Might Also Like

4 comments

  1. Kita doakan untuk semua. satu persatu dugaan yang Allah beri. Moga kita buka mata dan kembali kepada jalanNya. :')

    BalasPadam
  2. lepas satu2 kes kapal terbang . hmmm

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru.. Macam macam yg berlaku di tahun 2014.. Ada hikmah di sebaliknya

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email