Lewat ke tempat kerja?? ~ Ceritaejoy Lewat ke tempat kerja?? - Ceritaejoy

Lewat ke tempat kerja??

1:59 PTG

Pagi tadi aku bangun macam biasa. Maksud macam biasa adalah, aku biasanya terjaga pada waktu pagi kerana tak tahan nak terkucil. Erks.

Kebiasaannya aku akan bangun dalam pukul 3 atau pukul 4, dan akan sambung semula tidur. Macam pagi tadi, waktu aku terjaga, aku tengok jam pada hp aku, jam 0345. Aku pun, owh, awal lagi, boleh sambung tidur balik.

Tapi terasa macam nak tengok jam dinding pulak. Bila tengok je, aiks. Kenapa jam dinding pukul 0630? Aiks. Lama jugak aku tenung jam kat rumah aku. Hish. Kenapa jam dinding kul 0630 tapi jam kat hp aku kul 0345? Aiks??

Bila aku perasaan yang aku dah lewat, apalagi, semua jadi cepat la. Ayaks! Aku kebiasaannya, ambil masa 1 jam untuk sampai ke tempat kerja. Dalam kepala dah fikir, hish, jauh kot telok mas ke alor gajah. Dengan trafic light kat jalan yang banyak sangat tu. Hish!

So, bila dah lambat, faham-faham jelah. Semua trafic light adalah warna hijau. Hahahahaha. Maaf en polis. Hehehehe.

Alhamdulilah, aku sempat jugak sampai ke tempat kerja kurang dari 1 jam. Rasanya 30 minit atau kurang.

Dalam kepala dah fikir, kalau jalan ni lurus je tanpa halangan, masa yang aku ambil dari rumah ke tempat kerja lagi singkat. Tapi disebabkan banyak trafic light, maka, masa yang diambil jadi lagi lama.

*trafic light tu lagi penting, sebab kalau takda, lagi huru hara jalanraya kat malaysia ni kan?


You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You