Kadang-kadang aku menjadi terlalu penat! ~ ceritaejoy Kadang-kadang aku menjadi terlalu penat! - ceritaejoy

Kadang-kadang aku menjadi terlalu penat!

5:14 PTG

Aku penat bila aku terpaksa berhadapan seorang diri. Dan sehingga kini aku masih menyusahkan orang lain. Aku penat!

Perasaan ini akan bertambah bila aku dapat satu-satu imbuhan, tetapi langsung tidak ada makna kepada aku. Kenapa? Sebab, ianya perlu atau mesti digunakan untuk bayar perkara lain. Yang sememangnya aku perlu uruskan seorang diri juga.

Jeles itu ada. Bila orang lain cakap mereka mampu kumpulkan berpuluh ribu dalam masa 1 tahun je. Dan kerja mereka sama dengan aku! Bukan aku tak mahu menyimpan tetapi aku tak boleh menyimpan!

Sampai bila? Sampai ke tua agaknya. Aku kadang-kadang fikir, nasib aku mungkin sama macam pakcik-pakcik yang masih bekerja pada usia mereka yang sudah tua.

Ke mana harus aku hala kan perasaan ini? Ke mana?

Puas dah mulut ni mengeluarkan kata-kata bicara, tetapi di pengakhirannya, tetap sama. Tiada perubahan, dan aku masih perlu berhadapannya secara persendirian.

Kesilapan kecil yang menjadikan aku semacam ini. Mendengar nasihat mereka yang tidak tahu keadaan ekonomi semasa. Inilah jadinya. Kata-kata aku ibarat mereka yang tiada ilmu. Di ketepikan dan dibuang tanpa ada perasaan.

Mereka yang berpendapatan tinggi masih lagi bersama-sama membantu. Kenapa tidak salah seorang dari mereka membiarkan sahaja, seseorang berhadapan seorang diri?

Mereka golongan profesional. Dan masih sama-sama berganding mahu!

Allahuakbar!



You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Blogger Malaysia