Jangan takut keseorangan. - ceritaejoy

Jangan takut keseorangan.

3:30 PTG

Aku kebiasaannya, akan sampai ke tempat kerja lebih awal. Ini kerana, aku perlu tukar uniform dan akan sarapan pagi di kafe.

Bila di kafe, aku akan duduk di satu meja yang sama. Yang mana, dah masuk 8 tahun aku akan bersarapan di situ. Di lokasi yang sama.

Di tempat aku kerja sekarang ramai budak praktikal. Jadi, bila mereka tengok aku makan kat situ, mereka akan rasa pelik. Sebab apa? Sebab aku hanya makan berseorangan kat situ. Di kawasan lain ramai orang, yang duduk berkumpul dimeja, sambil makan, sambil borak kosong.

Jawapan aku pada mereka adalah, aku dah terbiasa dengan keadaan ini. Biasa yang macam mana? Tujuan utama aku naik ke kafe adalah untuk makan. Kedua, aku mesti kenyang selepas makan. Dan ketiga barulah jika ada rakan-rakan.

Maksudnya, jika ada rakan yang nak join ke, atau tak ke, aku tetap akan makan, walaupun aku sorang-sorang. Ha.

Sama juga perihalnya, bila di dalam "general assembly" jabatan masing-masing. Kebanyakkannya akan berbaris di celah-celah orang, dalam keadaan sesak, hanya kerana mereka tidak mahu berada di bahagian depan.

Atau, jika terlibat dengan kursus atau training, ada yang memilih untuk berada di bahagian tengah atau bahagian belakang.

Tetapi tidak pada aku. Aku lebih suka berada di bahagian depan walaupun tiada orang di belakang aku. Maksudnya, jika dalam barisan, hanya ada aku seorang sahaja, yang lain suma baris celah-celah. Aku tetap di posisi aku. Aku juga akan memilih meja paling hadapan bila terlibat dengan training atau krusus.

Fahaman aku, kenapa takut bila keseorangan? Kenapa takut untuk tunjukkan diri kita? Kan kita semua adalah pemenang. Jadi, berbanggalah dengan diri kita. Beritahu dunia akan kewujudan kita. Kan?

Ke aku salah?


You Might Also Like

7 comments

  1. saya tak takut bila sorg. just malu je huhuhu. n kalau sorg2 ni nampak sangat macam forever alone. ni apa yang saya rasa la bila jalan sorg2 kat public hahahaa xD

    BalasPadam
  2. bagus lah ejoy ad semangat mcm tu..x semua org ada keyakinan mcm ejoy rasakan.so berbangga lah ejoy dgn diri sendiri :-)

    BalasPadam
  3. Echa. Saya sebelum nikah, ada masanya berjalan sorang diri juga. Kat lorong-lorong belakang kedai pun biasa. Saja je jalan ikut situ. Setakat ini alhamdulilah. Tak ada apa-apa yang berlaku. InsyaAllah..:)

    BalasPadam
  4. Mila. Terima kasih yer..:Hehehehhe..:)

    BalasPadam
  5. Makan sorng best...ada privacy sikt...hehe...janggggaannn takuttttttt

    BalasPadam
  6. hehehhe. Makan sorang best jugak kadang-kadang tue. Hehehehe

    BalasPadam
  7. setuju. bila kursus atau trianing. duduk di hadapan lebih mudah faham dan tidak mengantuk

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email