Jangan bagi minuman pada mangsa kemalangan! - ceritaejoy

Jangan bagi minuman pada mangsa kemalangan!

9:09 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hish tajuk entry aku. Leh buat orang salah faham kan?

Kenapa aku cakap sedemikian rupa? Ok, macam ni, bila seseorang terlibat di dalam kemalangan, banyak anggota-anggota badan akan merasa sakit, impak daripada hentakan yang berlaku.

Dan, sudah tentu jantung akan berdengup kencang. Perasaan takut akan menyelubungi mangsa yang terlibat.

Ok. Bila berada di dalam keadaan ini, mangsa berkemungkinan besar akan meminta air untuk minum. Ini melalui pemerhatian aku bila berhadapan dengan mangsa kemalangan. Fuh, ayat aku macam orang kerja hospital kan? Dan melalui cerita rakan-rakan dan bacaan di internet. Kebanyakkan akan minta air.

Dan, sudah pasti orang ramai akan mencari air untuk diberikan kepada mangsa. Ia sebagai salah satu bantuan kepada mangsa kemalangan. Air jer kan? Kesian la kat mangsa, dah la terlibat kemalangan, nak minum air pun tak boleh.

Jadi kenapa tak boleh bagi air pada mangsa??

Baik. Seperti yang aku cakap tadi, bila berlaku keadaan seperti ini, jantung akan berdengup dengan kuat. Malah nadi pun akan turut serta. Bila anda memberikan air kepada mangsa. Dan mangsa minum dengan keadaan jantung yang berdengup kencang, ia boleh memberi impak tidak baik kepada mangsa itu. Malah boleh menjadi lebih teruk lagi.

Dan kita tidak tahu, apakah kecederaan dalaman yang di alami oleh mangsa. Jika mangsa tidak sedarkan diri selepas itu, ia boleh menyebabkan mangsa memuntahkan makanan atau minuman lantas memasuki paru-paru dan menyebabkan jangkitan kuman di dalam organ berkenaan.

Aku sendiri pernah berhadapan dengan perkara ini, di mana isteri aku terlibat dengan kemalangan. Beliau meminta aku air tetapi aku tak bagi.

Bila DR melakukan X-Ray, usus perut isteri aku terkoyak di mana ada 3 lubang terhasil. Dan makanan di dalam usus telah terkeluar. Bayangkan kalau aku beri beliau air untuk minum??

Jadi, anda dah tahu kan kenapa tak boleh bagi minuman atau makanan kepada mangsa kemalangan?

You Might Also Like

2 comments

  1. nice info. betul jugak kan benda ni. baru tau huhuhuu.

    BalasPadam
  2. nmpk kecik je kan, tp impak dia besar...nice sharing.bru tahu

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email