Info terkini banjir : Tak nampak tanda surut - ceritaejoy

Info terkini banjir : Tak nampak tanda surut

1:19 PTG

Kuala Lumpur: Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor tidak menampakkan pengurangan di segi jumlah mangsa banjir, pagi ini.

KELANTAN mencatatkan kenaikan kepada 81,923 mangsa banjir sehingga 12 tengah hari ini, berbanding 45,467 mangsa, semalam.

Sehingga ini, jumlah keseluruhan mangsa di semua negeri terbabit, termasuk Perlis dianggarkan 158,000, berbanding sekitar 119,000 yang direkodkan malam tadi.

Aras air enam sungai di Kelantan kini melebih paras bahaya dan antaranya, Sg Lebir di Tualang, 37.86mm(aras bahaya 35.00m - trend menurun), Sg Kelantan di Kuala Krai, 32.15m(aras bahaya 25.00 - trend menurun), Sg Kelantan di Kusial, 22.23m(aras bahaya 16.00m - trend menurun), Air Mulih, 10.78m(aras bahaya 10.65m - trend menurunn), Sg Kelantan di Jeti Kastam, 6.96m(aras bahaya 5.00m - trend mendatar), Sg Golok di Rantau Panjang, 10.17m(aras bahaya 9.00m - trend mendatar), Sg Golok di Kuala Jambu, 3.05m (aras bahaya 2.50m - trend mendatar).

Sungai yang barada di aras melebihi amaran adalah Sg Golok di Jenob, 23.08m(aras bahaya 23.50m - trend mendatar), Empangan Bukit Kwong, 17.38m(aras bahaya 17.72m - trend mendatar) manakala Sg Galas di Kampung Lembaga melebihi paras waspada.

Di TERENGGANU, jumlah terus meningkat kepada 35,236 orang membabitkan 8,756 keluarga, berbanding 35,116 orang, 12 tengah malam tadi.

Di PAHANG, jumlah mangsa menunjukkan peningkatan sedikit kepada 35,561 orang daripada 9,077 keluarga, berbanding 33,324 orang daripada 8,477 keluarga, malam tadi.

Di PERAK, Penolong Setiausaha MKN Norhafizah Zainuddin, berkata berlakunya ralat pada jumlah jumlah mangsa banjir di PERAK yang dilaporkan MKN, 10 malam semalam.

Katanya, jumlah mangsa banjir sebenarnya di Perak meningkat kepada 6,321 orang daripada 1,579 keluarga dan bukannya 4,335 orang daripada 1,079 keluarga seperti dilaporkan.

Di JOHOR, 1,111 mangsa daripada 279 keluarga sudah dipindahkan ke pusat pemindahan berbanding 930 orang daripada 240 keluarga, tengah malam tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, berkata satu pusat pemindahan di Kota Tinggi dibuka kira kira 9 malam.

Katanya, ia menjadikan Kota Tinggi menjadi daerah keenam terjejas akibat banjir selepas Kluang, Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar.


Di PERLIS, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 209 daripada 66 keluarga berbanding 268 daripada 80 keluarga pada sebelah petang semalam.

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam hujung minggu Ejoy... InsyaAllah akan surut nanti ..Semoga semua mangsa banjir terus bertahan dan sabar serta tabah menghadapi ujian ini

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email