Budak 2 Tahun Maut Di Hempap TV - ceritaejoy

Budak 2 Tahun Maut Di Hempap TV

11:05 PG

Semalam, lepas balik kerja, rehat-rehat sambil tengok berita, aku nie bukanlah kata nak tengok sangat, cuma mana-mana yang penting, aku akan fokus. Macam 1 berita perihal seorang budak 2 tahun yang maut dihempap TV.

Rasanya dah banyak sangat kes kematian melibatkan terhempap tv ni. Mungkin kelekaan keluarga, sebab anak sekecil ini masih belum tahu apa-apa.

Kalau boleh, kalau boleh lekatkan TV ke dinding, kan dah banyak yang pakai macam tu. Tapi, mungkin ada sesetengah keluarga yang kekurangan modal untuk berbuat demikian. Siapa yang boleh membantu? Yang kaya makin kaya, yang kurang makin kurang. Hmm.

Al-fatihah kepada keluarga mangsa. Semoga ianya menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain. InsyaAllah.


Kucing punya pasal

Teluk Intan: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dihempap televisyen 29 inci di rumahnya di Kampung Batu 7, Changkat Jong, di sini, lewat malam tadi.
Dalam kejadian 11.15 malam itu, mangsa, Siti Norain Maisarah Romly mengalami perdarahan di mulut dan hidung selepas dihempap televisyen berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Difahamkan kejadian berpunca daripada dua ekor kucing yang bergaduh hingga menyebabkan televisyen yang terletak diatas rak jatuh menimpa mangsa.
Mayat mangsa dibedah siasat di HTI pada 2 petang ini dan keluarga mangsa masih berada di hospital bagi menuntut jenazah

Sumber : www.hmetro.com.

You Might Also Like

1 comments

  1. mudah mudahan dijauhkan daripada benda benda yang camni

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email