Terasa nak tukar simpanan bank. - ceritaejoy

Terasa nak tukar simpanan bank.

11:19 PG

Aku ada search dalam forum. Apakah pandangan orang ramai mengenai bank yang ada di dalam malaysia ni.

Kebanyakkan memberi komen negatif dan positif. Mungkin kerana pengalaman lampau mereka, yang membuatkan mereka beri komen negatif.

Macam aku, memang aku ada banyak komen negatif. Semua kerana aku merasakan, bank yang aku guna sekarang, "makan" duit orang!

Macam mana tak makan duit orang, aku buat pinjaman dengan bank ni. Duit bayaran rumah pada 01.12.14, tetapi aku tengok kat nilai pinjaman, makin naik pulak. Aiks. Dah kenapa? Kalau aku tak bayar takpe lah jugak.

Pastu, nak online, sikit punya payah lagi. Kena refresh banyak kali. Bank lain ok je? Tak perlu refresh pun?

Sepanjang aku keje, seingat aku, dan 3 or 4 kali sistem rosak dan menyebabkan gaji lambat masuk. Hish, susah jugak kalau gaji lambat masuk ni, kita nak guna duit.

Aku betul-betul nak tukar pakai bank lain. Tapi masih mencari-cari, bank apa yang memberi perkhidmatan terbaik.


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email