6 soalan daripada majikan yang boleh membuatkan kamu maju atau berhenti kerja - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

6 soalan daripada majikan yang boleh membuatkan kamu maju atau berhenti kerja

1. Kenapa anda berada di sini?

Soalan ini, kebiasaannya menunjukkan apakah fungsi kita kepada syarikat. Jika kita memegang jawatan yang tinggi tetapi tidak memberi apa-apa kepada syarikat, ini adalah suatu yang merugikan syarikat.

"Kita perlu untuk memulakan dan menamatkan setiap hari dengan memberi tumpuan kepada bagaimana kita boleh menghasilkan impak atau fenomena yang lebih besar kepada dunia dan membantu menaikkan nama syarikat".

2. Apakah "passion" anda?

Apakah "keghairahan" kita sewaktu bekerja? Atau sekadar lemah sahaja? Sikap lemah kita, bukan sahaja buruk bagi budaya malahan melemahkan tenaga kreatif dan semangat bekerja. Jangan pernah menunda setiap keinginan kita!

3. Bagaimana boleh anda menambah nilai?

Adakah kita mahu membina kekayaan kita secara keseluruhan, atau hanya dibayar lebih pada tahun akan datang?  Kita perlu belajar nilai diri kita sebelum mengharapkan untuk dinilai oleh orang lain. Rahsia kejayaan adalah dengan melakukan lebih yang mana tidak mampu dilakukan oleh orang lain.

4. Adakah anda berada di dalam pasukan yang betul?

Kita perlu memastikan, diri kita dikelilingi dengan orang-orang yang benar-benar mengambil berat tentang orang lain dan tidak mementingkan diri mereka sahaja, dan mereka yang memiliki wawasan sebanyak yang telah kita lakukan.

5. Apakah yang ingin anda henti lakukan?

Terlalu banyak masa dihabiskan dengan membantu pemimpin belajar apa yang perlu mereka lakukan dan tidak cukup masa untuk membantu mereka belajar apa yang harus di hentikan. Jadi, cari perkara sia-sia yang telah anda lakukan, dan hentikannya serta merta!

6. Adakah ia bernilai?

Kita perlu bertanya kepada diri sendiri, apakah yang telah kita lakukan, adakah berbaloi dalam jangka masa panjang?

Kehidupan bukanlah tentang "bersaing dengan orang lain, ia adalah hanya bersaing dengan diri kita  sendiri".


loading...

1 ulasan:

  1. terima kasih atas infonya.... :)

    http://kylifa.blogspot.com

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com