Teringin untuk mengembara! ~ Ceritaejoy Teringin untuk mengembara! - Ceritaejoy

Teringin untuk mengembara!

4:19 PTG

Aku memasang impian untuk mengembara. Aku sukakan suasana pengembaraan mengunakan motosikal. Kenapa? Sebab aku boleh melihat dunia dengan lebih luas. Hahahahahha.

Aku suka baca blog mereka yang suka mengembara bersama motosikal. Contohnya macam blog tayargolek.

Aku rasa lebih puas bila mengunakan motosikal. Memandangkan aku masih belum mampu untuk memiliki motosikal "travel" dan keluar mengembara, jadi, aku gunakan motosikal aku sekarang untuk bergerak kemana sahaja. Macam contoh, jarak dari tempat kerja ke rumah adalah lebih kurang 40km. Jadi, aku akan gunakan motosikal berbanding kereta. Lenguh jugak la punggung ni. Tapi lebih menyeronokkan! Hahahaha.

Antara model yang menjadi idaman aku adalah:

BMW GS. Fuh!!


Ianya dikatakan antara model terbaik untuk pengembaraan. Harga pon boleh tahan. Lagi pulak tinggi, macam tak sampai je kaki aku. Tapi pernah tengok orang rendah bawak. So, rasanya aku takda masalah kut. Hehehehe.

Triumph tiger explorer


Macam design bmw kan? Yang penting lasak! Hehehe.

Ducati multistrada.


Mengembara dengan style. Hehehe. Ducati kot. 

InsyaAllah. Moga Allah mewahkan rezeki aku. Bila dapat je, tempat pertama kena sampai thailand. Ia macam 1 lesen untuk para bikers yang ingin keluar mengembara menggunakan motosikal. Kemudian indo-china, dan teringin sangat nak sampai ke mekah. Macam kembara bumi suci tu. InsyaAllah. Moga tercapai. InsyaAllah.


You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You