Sihir berketurunan. - ceritaejoy

Sihir berketurunan.

11:30 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hmm, harini, aku cuma nak kongsikan cerita perihal perkara di atas. Mungkin ia biasa di dengar oleh sebilangan orang, dan mungkin juga ia adalah suatu perkara aneh pada sebilangan orang.

Apa yang peliknya, inilah ilmu yang boleh aku katakan, mahir pada sesetengah orang kita. Bangsa kita. Ilmu inilah yang mereka suka dok cari berbanding ilmu-ilmu agama Allah.

Pagi tadi, seorang rakan, kongsikan 1 video, yang mana saudara beliau telah terkena sihir yang berpunca daripada keturunan. Dan bila aku tanyakan, apakah punca ia terjadi? Ianya di sebabkan, berebut tanah pusaka.

Memang inilah antara sebab musabab perkara seperti ini terjadi. Dan antara sebab lain, adalah kerana iri hati orang lain lebih daripadanya, atau iri hati kerana perniagaannya maju.

Dan bila ianya terjadi, mulalah mencari, orang-orang yang boleh menyebabkan si polan jatuh sakit. Dan lebih teruk ianya melibatkan keturunan. Mulanya dari ayah, bawa kepada anak, kemudian kepada cucu dan seterusnya.

Bila hati sakit, pahala dosa tolak tepi. Yang penting matlamatnya berjaya di capai. Tahukah mereka yang dosa sihir adalah dosa besar? 

Erti firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-Baqarah : 102)


Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :  Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan ribalari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Yang membuatkan ia menjadi lebih serius adalah, bila ia melibatkan keturunan. Mereka yang tidak tahu menahu terpaksa menangung akibat daripada perbuatan manusia seperti ini.
Aku sangat percaya dengan kuasa Allah. Kerana, hanya dengan izinnya sahaja, setiap perkara di dunia boleh berlaku. Dan dengan izinnya sahaja, sihir itu menjadi kepada seseorang. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui setiap yang ada di dunia.
Ia dari firman Allah SWT : 
"Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah " (Al-Baqarah :102 )
Dan sudah pasti, azab mereka yang melakukan dosa besar ini, bukanlah ringan. 
Semoga perkara ini dijauhkan daripada keturunanku. Amin ya rabbal alamin.



You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email