Rutin harian. - ceritaejoy

Rutin harian.

8:43 PG

Bila sebut rutin harian, ia bermakna perkara yang sama, yang kita lakukan setiap hari. Kalau aku, bila on jer computer aku, selepas daripada check email ( Untuk periksa jika ada tugasan baru),  aku akan bukak blog. Macam sekarang ni, aku tengah update blog. Hehehehe.

Bila bukak blog, perkara pertama yang aku lakukan adalah, bukan terus update blog. Tetapi aku akan baca, jika ada entry-entry yang menarik daripada rakan-rakan blogger yang lain.

Aku selalu simpan dalam kepala aku. Jika kita ingin orang selalu datang ke blog kita, kita mestilah selalu datang ke blog orang.

Kang di cakapnya kita sombong pulak kan. Kita nak orang datang selalu ke blog kita. Tapi kita sendiri tak pernah sampai dan lawat blog orang.

Aku paling suka bila ada rakan-rakan yang buat segmen. Dan semestinya, segmen yang ringkas sahaja aku akan ikut. Sebagai contoh, segmen yang memerlukan kita copy banner dan paste pada blog. Ha, segmen yang macam itu menarik pada aku.

Kalau segmen yang kena copy code. Aku mesti tak ikut. Sebabnya? Aku tak tau mana nak paste code tu. Hahahahahahha.

Lagipun, semua nak mudah kan? Orang zaman sekarang ni, lagi ringkas, lagi bagus. Tapi itu tak bermakna aku sombong ye. Cuma tak join segmen yang semacam itu sahaja.

Ok. Setakat ini dahulu perkongsian pagi ni. Pagi-pagi macam ni, kena nescafe secawan pun best jugak kan? Hehehehe. Jom..Minum dulu......:)


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email