Semakin maju dunia, semakin mundur pemikiran manusia. - ceritaejoy

Semakin maju dunia, semakin mundur pemikiran manusia.

10:00 PG

Benarlah kata-kata yang pernah aku dengar, sampai 1 saat pada akhirnya, manusia akan kembali hidup sama seperti kehidupan jahiliyah.

Rasanya kini manusia dah kembali ke zaman itu. Dosa semakin di bangga-bangga kan. Nak buat pahala pula jadi malu. Kene ejek pulak dengan kawan-kawan kalau tak buat dosa.

Keluarga macam takda kuasa nak tegur. Kalau tegur, makin teruk jadinya. Ini bukan budak-budak zaman sekarang, tetapi dunia yang semakin tua dengan telatah dan gelagat manusia.

Kes bunuh semacam berita yang patut kita dengar setiap hari. Kalau tiada berita mengenainya, akan rasa pelik.

Orang yang berkuasa, membunuh manusia seperti menebas rumput. Ianya dilakukan tanpa ada selindung, sama macam zaman jahiliyah dulu. Siapa yang mampu bersuara dan menegakkan keadilan?

Pemikiran manusia semakin mundur dan bodoh. Hanya kerana emosi tanpa pemikiran yang waras, melakukan hukuman sesuka hati. Dan bila di bicarakan, mengaku gila! Kenapa takut? Apa takut merasakan apa yang telah orang lain rasa dahulu? Mengapa takut?

Media melaporkan hampir setiap hari atau masa, perihal kekeluargaan. Tetapi apa yang membuatkan manusia lupa? Ianya kerana mengejar dunia yang semakin maju. Dunia tidak menekan kita, kita yang memaksa dunia. Jadi, kita yang perlu bertanggungjawab ke atasnya.

Kenapa nak salahkan orang lain? Mereka sedar akan sifat pemikiran manusia yang semakin mundur dan mengunakannya sebaik mungkin.

Perikemanusian? Hanya ada dalam kamus. Tak perlu diceritakan kepada orang, kerana mereka tidak pasti akan maksudnya. Mereka hanya perlu mengunakan kekuatan yang ada dalam diri mereka, di dalam menjalani kehidupan harian.

Inilah dunia masa kini. Manusia dengan sewenangnya menjatuhkan hukuman. Bukan kerana negara tidak mempunyai hukuman, tetapi hukuman berada di bawah kuasa manusia. Undang-undang hanya pada mereka yang lemah dan tidak berdaya. Ianya tidak pernah ada dalam kamus mereka yang berjaya.

Tidak percaya? Percayalah, kerana ianya benar-benar berlaku. Ada wang, semua jadi. Inilah kehidupan dunia masa kini.


You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email