Pagi-pagi dah buat aku angin! - ceritaejoy

Pagi-pagi dah buat aku angin!

8:45 PG

Hmm, susah kalau dalam tempat kerja kita kalau ada orang yang berlagak seperti bos ni. Dan jenis manusia yang suka berkira! Aku pulak jenis manusia, kalau ko buat aku susah, memang aku buat ko susah balik.

Aku jenis yang tak suka berkira. Tapi, kalau orang berkira dengan aku, memang aku pun akan mula berkira dengan orang jugak.

Masalahnya, bila aku buat balik, manusia jenis tuttt ni, akan mula mencanang kat orang, cakap aku ni jenis berkira, jenis susah nak support orang lain. Aii, yang ko berkira tu, apa pulak? Apa ko nak cakap, ko boleh buat, orang lain tak boleh? Macam tu?

Ish, biarlah, aku tak kisah pun. Jenis aku, ko nak cakap apa, ko cakap, aku tahu siapa aku, dan apa yang bezakan aku dengan manusia macam ni.

Yang buat aku marah betul pagi ini adalah, bila mana seorang "technician" ni, berkira kerja dengan aku. Untuk setiap orang pekerja, perlu ada graf kerja bulanan. Setiap orang perlu ada. Termasuk aku.

Dan ketua bahagian, minta semua graf dimasukkan dalam 1 data. So, untuk bulan lepas, aku dan combine kan semua dalam 1 data. Untuk bulan ni, turn member aku pulak.

Bila aku minta graf tu pada seorang yang rasa diri dia macam bos besar ni, dia cakap takda. Minta aku print balik graf tu. Aii, kena print balik? Apa dia tau tak yang ada 1 graf yang gabungkan semua orang punya data??

Yang buat aku tambah sakit hati, bila dia suruh aku cari kat meja bos kalau ada. Hai bang, ko tu baru keje sini kot, arah orang macam dah 10 tahun kerja dah.

Bila aku cari kat meja bos. Aiks, ada pulak graf ni. So, memang sah-sah dia ni tak tahu ada benda nie. Ada jugak aku keluarkan nama dia dalam graf ni, biar dia buat sorang-sorang dan tak payah campur orang.

Pagi-pagi macam ni, rezeki baru nak masuk. Tapi ada je yang buat hal. Aku pulak, memang akan layan orang yang buat hal macam ni. Hish!

Kena nescafe secawan dululah. Baru boleh rilek dan tenang buat kerja nanti.

You Might Also Like

3 comments

  1. sbr ye ejoy.kat mn2 tmpt keje mesti ada yg annoying.

    BalasPadam
  2. Terima kasih ye mila. Tensen sebenarnya layan orang macam ni.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email