Musim hujan di Melaka. - ceritaejoy

Musim hujan di Melaka.

9:24 PG

Sekarang ni, hampir setiap hari, di negeri melaka akan hujan pada waktu petang. Dan hampir setiap hari jugalah aku akan kebasahan semasa pulang dari kerja.

Hujan adalah anugerah Allah kepada manusia. Hujan menyejukkan bumi dan menyirami tanah-tanah dan menyuburkan pokok-pokok di hutan. Bayangkan kalau air hujan tiada, sapa nak pi siram pokok-pokok kat hutan sana? Hish!

Bila hujan, aku biasanya akan tunggu sampai hujan reda sedikit. Ada 1 masa, tunggu hujan berhenti sampai kul 2200, last-last aku redah je balik. Yelah, jarak dari alor gajah ke telok mas bukan dekat, esoknya nak kerja lagi, so redah jelah balik dalam hujan lebat tu.

Semalam aku kerja, macam biasa jugak hujan. Aku tunggu sampai kul 1830, dah reda sikit, aku gerak balik. Naik motor, dengan visor helmet takda, hish, sakit muka aku ni. Ayaks!

Hujan dah renyai, jadi, kurang la basah baju gan seluar aku ni. Aku sopan je bawa motor. Sampai kat 1 trafic light di melaka, aku dah nampak ada air bertakung, sangat banyak! So, aku hati-hati la bawa motor (air tinggi kan), Aku pandang side mirror, nampak lampu kereta yang di pandu laju.

Bush!!!!!! Sama je orang siram aku dengan berbaldi-baldi air. Bukan takat baju, seluar dengan yang dalam-dalam ni, suma basah, fuh! Kasut aku kalau letak ikan, confirm hidup ikan tu. Hahahahaha.

Inilah kehidupan seorang penunggang motosikal. Lumrah kan bila hujan. Tapi seronok. Aku seronok menunggang motosikal. Yeah!!

Gaji ni, ingat nak cari helmet baru dan kelengkapan tunggangan waktu hujan. Bukan apa, takut hari-hari redah hujan, badan tak kuat dan lagi teruk jatuh sakit. Dah susah nak kerja.


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email