Lebih selesa tinggal di rumah sendiri. - ceritaejoy

Lebih selesa tinggal di rumah sendiri.

2:32 PTG

Aku pasti, ramai yang selesa tinggal di rumah sendiri berbanding dengan rumah mertua atau keluarga sendiri. Tak kurang juga mereka yang lebih suka tinggal bersama dengan keluarga berbanding tinggal sendiri.

Dalam hal ini, aku memilih untuk tinggal sendiri dan bukannya bersama mertua (Mertua orang melaka). Tapi di sebabkan, hingga ke hari ini, aku masih belum dapat kunci rumah (yang sepatutnya sudah dapat), aku terpaksa, aku ulangi balik, aku terpaksa tinggal di rumah mertua aku.

Ini adalah pilihan paling akhir yang dapat aku buat. Sebenarnya aku langsung tidak berminat untuk tinggal bersama mertua aku.

Alasannya, bila di rumah beliau, aku tidak boleh "hidup" seperti layaknya kehidupan berkeluarga. Kehidupan kami sekeluarga tak ubah seperti kehidupan sewaktu kecil. Di tambah pula dengan kekangan masa. Yelah, bila rumah sendiri, kita boleh suka-suka nak keluar dan balik. Bila rumah orang, kena ikut masa orang tu.

Jenis aku sekeluarga pula, jenis yang suka berjalan. Kadang lewat malam baru kami balik. Perkara ini tak dapat kami lakukan di rumah mertua aku. Alangkan nak pergi ke sesuatu tempat pun, akan di tanya dengan banyak perkara ataupun nasihat-nasihat seperti menyuruh kami tidak keluar rumah.

Tambahan lagi aku ada anak kecil. Lumrah la kan, budak-budak kecil kalau ada di rumah, rumah mana yang berkemas? Rumah mana yang barang-barangnya tersusun kemas? Budak kecil mana yang akan senyap je? Dalam erti kata lainnya, tidak menjerit-jerit? Anak aku baru nak masuk 2 tahun. Jadi, nakal itu mesti ada pada anak-anak yang ingin membesar. Kan?

Perkara ini yang tidak disukai mertua aku barangkali. Dia tak suka melihat rumah bersepah. Dia tak suka barang-barang yang di susun, berselerak. Dia tak suka langsir-langsir yang ada di tarik-tarik. Aku tak salahkan beliau, kerana ini rumah beliau. Kalau rumah aku, aku punya suka la kan? Hmm.

Anak aku lelaki. Dia dalam proses mengenal dunia. Dia merasakan, apa sahaja yang dibuatnya, adalah betul. Ini yang kami suami isteri sedang ajarkan kepada beliau. Yang mana, ada perkara yang tidak boleh dilakukan beliau, kerana perkara itu adalah salah.

Tetapi, adik-adik isteriku, pasti akan menjadi pembela kepada anak aku. Seperti mengikut sahaja kemahuan beliau. Ini yang sedikit membuatkan aku kurang senang. Ini sama sekali tidak boleh! Aku tidak suka perkara seperti ini.

Aku seorang ayah yang sangat sayangkan anak aku. Aku akui, aku sangat manjakan anak aku. Tetapi, itu tidak bermakna aku akan ikutkan sahaja permintaannya. Jika ada kesalahan yang dilakukan, ia tetap salah. Dan jika ia memerlukan hukuman, ia tetap perlu dihukum. Setakat ini, aku cuma menggunakan rotan kecil dan merotan pada tapak kaki.

Dalam proses, mengajar anak tentang kehidupan, ianya seperti air sungai yang mengalir deras. Air yang deras itu ibarat masa. Jika kita lewat mengajar anak, ianya kelak akan menjadi sukar. Dan jika dilihat pada aliran sungai yang laju, terdapat banyak batu-batu dan kayu pada dasarnya. Inilah cabaran dalam mendidik anak. Ianya tidak nampak dengan mata kasar, tetapi tidak bermakna ia tiada.






You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email