Kita perlu berhutang. - ceritaejoy

Kita perlu berhutang.

2:55 PTG

Bila fikir-fikir balik, zaman sekarang ni, memang mengalakkan kita untuk berhutangkan? Dulu pun, dah perlu berhutang, tetapi jumlahnya kecil. Zaman sekarang ni, harganya makin mengarut.

Lihat saja pada harga rumah sekarang ni. Baru-baru ni, ada seorang rakan pergi karnival hartanah. Dia kongsikan dengan aku, harga untuk rumah teres 3 bilik sekarang. Harganya berjumlah RM200K lebih! Pergh! Biar kebenaran?

Kalau dulu, boleh je dapat harga bawah 100k. Sekarang agak susah untuk dapatkan harga sebegitu. Mungkin ada, tetapi pada tempat yang tidak menjadi tumpuan orang atau berjauhan dengan kawasan tumpuan.

Nak tak nak. Kita kena berhutang, bertahun lamanya nak habis bayar hutang. Rumah itu perlu. Yelah, sampai bila nak menyewa kan? Tapi tak aku nafikan, masih ada yang menyewa. Kerana apa? Kerana taraf hidup yang semakin meningkat. Tetapi, pendapatan tetap juga seperti adanya.

Sama juga dengan kereta. Kita pasti perlu berhutang. Mungkin ada yang mampu untuk beli tunai, tetapi kebanyakkan orang perlu berhutang untuk mendapatkannya.

Aku teringat kata-kata seorang rakan, " Zaman sekarang ni, kalau kita tak berhutang, kita takkan dapat barang". Mungkin ada benar kata-kata beliau tu.

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mampu untuk beli cash. Apa sahaja yang mereka inginkan. Tapi aku cukup pasti, masih ramai lagi yang perlu berhutang untuk mendapatakan keperluan.

Aku terfikir, bila kita terlalu banyak hutang, dan tak mampu untuk bayar hutang ( untuk kes kalau-kalau hilang upaya), bagaimana hukumnya? Kita boleh menjadi muflis dan bankrap. Itu dalam kehidupan seharian. Bagaimana pula dengan keadaannya di dalam agama islam?

Sabda Rasullulah saw :"Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (tidak selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasullulah saw pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :"Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati.Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas." 

Sabda Rasullulah saw : "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi." 

Sabda Rasullulah saw : "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis Bukhari,Tarmizi,An-Nasai dan Ibn Majah) . 

Hutang yang tidak berbayar di dalam islam dipandang berat. Tetapi, di dalam zaman sekarang, kita perlu berhutang untuk mendapatkan keperluan.

Apakah yang mampu kita lakukan?


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email