Kemalangan boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa. ~ Ceritaejoy Kemalangan boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa. - Ceritaejoy

Kemalangan boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa.

1:58 PTG

Semenjak aku berulang dari telok mas ke alor gajah, macam-macam situasi yang aku jumpa di atas jalan. Dan kesemua situasi itu adalah pada waktu pulang bekerja.

Contohnya semalam. Aku kebiasaannya akan pulang lewat dari kerja. Biasanya dalam pukul 2100 baru aku keluar dari tempat kerja. Jadi, bila balik kerja tu, biasalah, bawak kenderaan tu, tidaklah terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi.

Aku sudah lama memerhati, ada 1 lorong, dimana, ada susur keluar ( laluan yang aku biasa gunakan untuk pulang bekerja), kereta biasanya akan terus masuk ke laluan utama.

Dan untuk kes malam tadi, ada sebuah skuter yang di tunggang seorang wanita, hampir di langgar oleh sebuah kereta toyota alphard. Bayangkan dekatnya skuter dengan kereta tu, boleh ketuk cerminla penunggang skuter tu, atau, leh cium cermin. Ha, macam tu la dekatnya.

Aku yang kat belakang, boleh memerhati je. Nasib penunggang tu baik, sebab pemandu tu perasaan. Kalau tidak, tak tahu apa jadi.

Selepas kejadian tu, aku menunggang lagi. Sampai ke traffic light. Berhenti la kan. Kalau tak berhenti, kena saman nanti. Hehehehe. Sementara nak tunggu lampu hijau, ada sekumpulan motosikal yang di pandu oleh sekumpulan remaja. Faham-faham jelah, kalau dah ramai-ramai macam tu, semua nak tunjuk aksi.

Belum lampu hijau lagi, mereka dah memecut laju. Dalam pada masa yang sama, sebuah motosikal yang di tunggang seorang lelaki, dan di belakangnya ada seorang wanita yang sedang memeluk/memegang seorang bayi menggunakan laluan tersebut ( kerana laluan mereka lampu hijau). Apalagi, emergency brake la keluarga tu. Aku yang ada kat situ, boleh maki hamun jelah. Kalau jadi apa-apa, hmm, tak mintalah jadi apa-apa. Alhamdulilah, mereka selamat.

Dan sampai sahaja simpang untuk ke rumah aku. Ada 2 buah ambulan sedang dalam perjalanan ke hospital. Nampak orang di dalam ambulan tu, macam terkejar-kejar membuat sesuatu. Jadi, mesti ada kes kecemasan. Dalam kepala aku, mesti ada kemalangan berdekatan kawasan tersebut.

Akhirnya, syukur alhamdulilah sampai ke rumah. Sebenarnya, kemalangan kalau nak berlaku, bila-bila masa dan dimana sahaja. Kadang-kadang, kita berhati-hati, tetapi orang lain yang cuai mengakibatkan kita turut serta terlibat. Sebenarnya, banyak kes semacam ini.

Inilah yang dikatakan Takdir. Kalau benda dah ditetapkan jadi, buat apa pun akan jadi juga. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.


You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com