Etika sesama blogger - Ceritaejoy

Header Ads

Etika sesama blogger

Aku pernah terbaca di dalam 1 blog suatu masa dulu. Rasanya entry yang di post pemilik blog itu adalah salinan daripada blog lain.

Dan penulis entry original kemudian post komen pada bahagian entry tersebut dengan bahasa yang pada aku sangat kasar. Yelah, mungkin kerana, beliau memerah idea untuk menghasilkan entry yang berkualiti dan dengan mudahnya orang lain copy entry beliau.

Tiada salahnya sebenarnya jika kita ingin copy entry orang. Tetapi perlulah dengan cara yang betul. Seeloknya, mintalah izin tuan empunya blog atau backlink kan semula kepada blog asal. Ini sebagai menunjukkan terima kasih dan respect sesama blogger.

Walaupun di alam maya, hubungan sesama manusia juga perlulah di jaga. Kehidupan di luar perlu juga diteruskan, kalau-kalau jumpa ke blogger lain, dah tak bertegur sapa.

Inikan malaysia. Masyarakat berbilang kaum. Hidup aman dan damai. Sejahtera berkekalan. Bandar teknologi hijau. Ehh, dah melalut. Hahahaha.

Apa pun, Semoga maju jaya pada semua blogger-blogger malaysia. Peace!


Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com