Bila orang add kita sebagai rakan, kenalah add mereka semula. - ceritaejoy

Bila orang add kita sebagai rakan, kenalah add mereka semula.

4:25 PTG

Mungkin berbeza dengan orang lain, aku lebih suka add kembali, mereka yang sudah pun add aku sebagai rakan.

Bukan apa, rasa malu dan segan pun ada, yelah, orang add kita sebagai rakan, tetapi kita buat tak tahu pula dengan mereka.

Aku bukan artis pun, kot kalau jadi artis pun, kena juga balas pemberian orang. Teringat waktu duduk kat kem tentera dulu. Jiran-jiran suka bagi makan, letak atas piring or pinggan, 3 atau 4 biji kuih karipap ke, apa ke, hantar kat rumah jiran. Kita yang terima ni, tak kan nak kasi pinggan kosong je? Kena la juga membalas. Kan?

Sama juga keadaannya sekarang, orang dah anggap kita sebagai rakan mereka, kita mestilah balas pelawaan mereka. Bukankah, menambah rakan itu bagus? Bukan tambah wife ye. Hehehehe

Dalam dunia blog ni, macam-macam rakan yang boleh kita jumpa, macam-macam kelebihan yang mereka ada. Jadi, macam-macam ilmu yang boleh kita pelajari daripada mereka.

So, jom tambah rakan lagi, kenalah rajin blogwalking dan kenalkan diri kita pada orang, janganlah sombong ye. Harapkan orang sahaja datang ke blog kita. Wokies?




You Might Also Like

1 comments

  1. sama lah aku pon. sebagai blogger baru. tak perlu kot rasa nak kedekut follow. at least kita dah tinggalkan jejak kita kat blog dia. selamat berkenalan btw.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email