• Breaking News

    18 November 2014

    Bayaran lebih bila ambil kunci rumah.

    InsyaAllah, aku akan dapat kunci rumah jumaat ni, Alhamdulilah. Lama sungguh aku tunggu rumah yang aku dan isteri beli ni. Hampir 2 tahun lamanya.

    Tetapi, apa yang membuatkan aku confius adalah, bila pemaju memberitahu, bayaran yang pada aku agak mahal bila proses penyerahan kunci nanti.

    Bila di tanya, alasan mereka adalah mereka sudah pun membayar cukai untuk setiap rumah.

    Yang menjadi persoalan kepada aku adalah, rumah aku belum dapat, jadi, semua kos, samada cukai ataupun kos pembaikan adalah tanggungjawab pemaju dan bukannya aku. Betul tak?

    Sama dengan kalau kita beli kereta, kereta kita belum dapat, kemudian ada sedikit kemek pada kereta, penjual baiki kemek tu, dan claim atas kita. Boleh ke? Sepatutnya ia adalah tanggungjawab penjual. Kan?

    Ini adalah pengalaman pertama aku berhadapan dengan situasi seperti ini. Jadi, aku memang kurang ilmu dengan perkara seperti ini.

    Jika ada rakan-rakan blogger yang pernah berhadapan dengan situasi seperti ini, boleh tak kongsikan dengan aku yang kurang ilmu ni.

    Terima kasih.


    1 ulasan:

    1. sy pn xde ilmu..kalo gugel xde info ke? jgn tertipu kena check btl2

      BalasPadam

    Popular Post

    Blogger Malaysia