Terpaksa tanggung bayaran late payment oleh bank?? - ceritaejoy

Terpaksa tanggung bayaran late payment oleh bank??

4:24 PTG

Argh!!!! Kali ni aku betul-betul tensen+nak marah sangat-sangat. Aku call pemaju untuk tanyakan tentang kunci rumah aku. Serta bayaran untuk ambil kunci rumah.

Dan pemaju dengan selambanya cakap, aku kena bayar RM1700!! Gila bapak! huh! Aku tanya balik kenapa aku perlu bayar sampai macam tu skali? Pemaju cakap, sebab late payment dari bank.

Late payment dari bank, aku yang kena bayar?? Apa kena mengena dengan aku. Itu antara bank dan pemaju. Aku search dengan pakcik google, rupanya isu ini dah lama berlaku di dalam negara kita.

Rata-ratanya sama dengan alasan yang diberikan pemaju perumahan yang aku beli. Dan ada yang kena bayar sampai RM10K!

Ini permainan pemaju dan lawyer pemaju agaknya. Mereka sengaja melengah-lengahkan penghantaran notis supaya pembeli kena bayar. Ini antara jawapan paling banyak orang kasi dalam forum.

Sekarang, pada siapa boleh aku mengadu. Jumlah bayaran tu, boleh buat macam-macam. Tak bayar, kunci tak dapat. Aku ingat, nak pecah je pintu rumah aku, tak payah amik kunci. Huhuhu.

Aku dah hantar aduan pada kementerian perumahan berkaitan masalah ni. Aku harap mereka akan jawab soalan aku dalam masa terdekat.

Benda ni betul-betul buat aku bengang!!


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email