5 tabiat yang membunuh kemahiran minda kita. - ceritaejoy

5 tabiat yang membunuh kemahiran minda kita.

9:31 PG

Too much thinking

Sedar atau tidak, ada kebiasaan tertentu, yang menghalang keupayaan kita untuk terus maju ke hadapan. Walaupun kita akan berfikir, yang ianya tidak akan menghalang diri kita,tabiat ini kebiasaannya akan menghalang diri kita daripada mencapai hal-hal tertentu, atau mencapai matlamat yang telah kita tetapkan untuk diri sendiri.

Ini adalah beberapa kebiasaan yang mungkin menyebabkan kita membuat pilihan atau keputusan yang salah di dalam kehidupan kita.

1. Tidak membuat atau menilai.

Adalah mustahil untuk pergi kehadapan dan kebelakang dalam masa yang sama. Ia juga mustahil untuk kita naik dan turun dalam masa yang sama. Sama juga dengan apa yang berlaku di dalam fikiran kita.

Apabila kita cuba untuk membuat sesuatu, dan menilai kejayaan pada masa yang sama, ianya tidak akan berhasil.

Jadi, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah:

- Ketahui apa yang ingin kita mahu buat
- Bagaimana ia mahu bekerja
- Kemudian lakarkan plan
- Kemudian hasilkan projek atau produk.
- Dan selepas ianya sudah dilaksanakan,barulah kita boleh mula menilai impak daripada apa yang telah kita lakukan, dalam apa jua keadaan.

Berikan ia masa dan jangan cuba untuk melakukan 2 tugasan bertentangan dalam masa yang sama.

2. Kita merasakan kita adalah pakar.

Sindrom pakar ini menjadi kebiasaan pada semua orang dan inilah juga yang membunuh minda mereka. Apabila kita merasakan kita adalah pakar di dalam semua perkara, kita akan berhenti belajar.

 Kita tidak akan pernah merasa rendah diri untuk mendengar nasihat daripada orang lain dan belajar daripada pengalaman mereka.

Ini sebenarnya yang menghalang kecerdasan minda. Sentiasa merasa yang kita tidak tahu semua perkara dan sesiapa sahaja boleh membantu diri kita untuk mempelajari sesuatu yang baru.

3. Takut.

Jika kita selalu takut untuk gagal, kita tidak akan pernah mempelajari perkara baru. Kemungkinan untuk gagal adalah lebih daripada sekali.

Tetapi, jika kita tidak pernah mencuba kerana takut akan gagal, kita tidak akan menjadi lebih baik dan tidak akan belajar perkara-perkara yang baru.

Jadi, hilangkan rasa takut itu, dan terima hakikat bahawa setiap kegagalan akan dilengkapi dengan ilmu yang baru.

Aku teringat ada seorang rakan yang berkongsi 1 ayat indah:

" Daripada ribut dan awan yang gelap semasa hujan, pasti akan ada pelangi yang indah dibelakangnya"

4. Perasaan yakin diri yang rendah.

Ini sama dengan rasa takut untuk gagal. Jika kita selalu percaya, kita akan kucar-kacir dan tidak mempunyai keyakinan terhadap perkara yang kita lakukan, kita tidak akan belajar dan berkembang.

Sentiasa yakin dengan diri walaupun kita buat perkara yang salah. Membolehkan kita belajar dan berkembang dan membolehkan kita bergerak maju kehadapan.

Ini akan membantu membina kecerdasan, dan membolehkan kita untuk belajar hal-hal baru, dan mengalami hal-hal baru dalam hidup.

5. Pemikiran yang terbatas.

Walaupun kita mungkin mempunyai batas-batas tertentu (seperti keupayaan kewangan), apabila kita mencipta had, kita menghalang kecerdasan dan kemampuan untuk belajar kita.

Apabila kita meletakkan halangan di jalan, yang sebenarnya tidak benar-benar ada di sana, kita tidak akan pernah mencuba sesuatu.

Ini bukan sahaja akan membunuh kecerdasan kita, ia juga akan menghalang kita dari mencuba sesuatu yang baru, dan belajar perkara-perkara baru yang boleh membuat kita lebih baik, dan mungkin boleh menjadikan kita seorang yang lebih berjaya.

Jadi, keluarkan had yang tidak relevan, dan perkara-perkara yang hanya direka oleh fikiran kita.



You Might Also Like

3 comments

  1. no 2 dengan 3 saya paling setuju.

    2 : yep, jangan terlalu sibuk cakap aku tahu, aku tahu... sebab saya ada dengar, orang kata, kalau kita cakap kita tahu, hampir separuh dari benda tu kita akan lupa... so, cuba dengar dulu cerita orang... baru berkongsi benda yang serupa.

    3. jangan pernah gentar merasa gagal. orang yang merasa gagal akan rasa kenikmatan bila berjaya akhirnya.

    BalasPadam
  2. Hye. Yup. Betul tu. Tahniah pada anda Amy J. :)

    BalasPadam
  3. perkongsian yang bagus . terima kasih . .

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email