Wajah idaman ramai. - ceritaejoy

Wajah idaman ramai.

2:37 PTG

Entry aku kali ini, bukan menidakkan ciptaan yang maha esa. Ia adalah sebaik-baik ciptaan. Cuma, aku melihat dari sudut pemerhatian mata manusia.

Bila seseorang mempunyai rupa yang cantik atau handsome, pasti apa sahaja yang dibuatnya, akan mendapat perhatian ramai.

Tengok sahaja pada status di laman sosial, kadang tu aku tengok, ringkas je post mereka, tetapi mendapat komen yang begitu banyak.

Di dalam blog pun sama. Jika tuan punya blog mempunyai rupa paras yang cantik, lihat pada view dan rakan mereka, pasti jumlah yang tertera amat tinggi.

Inilah kelebihan mereka yang dikurniakan rupa paras yang cukup sempurna. Dan atas sebab itulah, ada yang sanggup mengubah rupa paras mereka hanya untuk memperolehi perhatian ramai.

Dan, kalau tiada rupa paras yang cantik, mata manusia akan beralih arah kepada bentuk badan pula. Ini normal bukan? Inilah sifat manusia, tak tengok muka tengok badan. Kalau dua-dua takda, nak tengok apa pula?

Tetapi semua itu tak kekal selamanya. Rupa paras yang cantik, pasti akan hilang dimamah usia, begitu juga dengan bentuk badan. Susah atau rasanya tidak ada yang kekal cantik hingga ke lanjut usia.

Suara yang merdu juga pasti berubah bila melalui zaman tua. Jadi apakah yang akan kekal?

Jawapannya adalah HATI. Ya, hati. Hati dan perasaan yang akan kekal selamanya. Melihat kepada hubungan kekeluargaan. Bila berada di usia emas, hanya hati dan perasaan yang tinggal bersama mereka. Keakraban mereka dikuatkan dengan 2 perkara ini.

Jadi, jika dari awal tidak menjaga hati dan perasaan (untuk perkara yang elok-elok), sudah pasti ianya akan kekal sampai bila-bila.

Bukan tidak ada jenayah yang dilakukan oleh mereka yang sudah berusia. Ini semua disebabkan oleh hati yang tidak di jaga dengan betul.

Jadi, beringatlah ye. Hanya dua perkara ini yang akan kekal hingga kita berada dalam usia emas.




You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email