Terlupa isteri mengandung! - ceritaejoy

Terlupa isteri mengandung!

11:11 PG

Fuh, entry aku kali ini, lain macam bunyinya. Seperti biasa, aku pulang lewat ke rumah. Keluar ke tempat kerja dalam keadaan gelap (awal pagi), pulang bekerja juga gelap (malam). Inilah rutin aku seharian.

Aku pergi kerja, anak sulung aku masih tidur, terkadang aku pulang lewat, dia sudah tidur. Jadi, aku dapat merasakan dia kekurangan 1 kasih sayang daripada ayahnya. Inilah kehidupan kebanyakkan rakyat malaysia.

Berbalik kepada cerita awal aku tadi, semalam, selepas aku sudah siap mandi semua, isteri aku pula mandi ( dia memang suka mandi malam-malam). Selepas dia mandi, aku melihat ke arah perut isteri aku yang sedikit membesar.

Spontan je 1 ayat keluar dari mulut aku, " Kenapa perut sayang buncit ek?". Hahahahahaha. Spontan juga isteri aku memandang aku seperti harimau yang sedang kelaparan. Lama juga ditenungnya aku.

Dan spontan jugalah jawapan yang datang ke dalam kotak fikiran aku. Yang mana, isteri aku sedang mengandungkan anak kedua kami. Waahahahahhaha. Teruknya aku. Sampai terlupa.

Usia kandungannya masih awal. Jadi, perutnya tidak terlalu "menonjol". Inilah lelaki (aku tak pasti aku, atau ramai lagi). Kadang-kadang perkara paling penting pun, aku boleh lupa. Aku tak pasti, samada ianya terjadi pada semua orang, tetapi aku memang sangat sukar untuk mengingati perkara-perkara penting. Selalunya, isteri akulah yang akan mengingatkan aku.

Aku terlalu memberi fokus pada kerjaya aku. Pada fikiran aku sekarang, adalah mencari harta sebanyak mungkin. Hampir kebanyakkan masa aku, dihabiskan di tempat kerja.

Ini disebabkan oleh, aku adalah tonggak ekonomi keluarga aku sekarang. Dulunya isteri aku membantu aku dari segi kewangan, tetapi sekarang beliau adalah suri rumah sepenuh masa.

Jadi, ada sedikit kegusaran dalam kotak minda aku sekarang. Disebabkan aku perlu mencari pendapatan sepenuhnya untuk kelaurga aku. Jadi, aku perlu fokus pada kerjaya aku. Dan bila aku mula fokus pada satu-satu perkara, inilah jadinya.

Ayaks. Nampak kejam tak? Hehehehhe. Apa pun, aku tetap sayangkan isteri dan keluarga aku. InsyaAllah.

:)

You Might Also Like

1 comments

  1. bukan saudara sahaja begitu.. kebanyakkan lelaki memang begitu..Mungkin seperti saudara, kaum lelaki lainya terbeban berfikir bagaimana mahu mencari duit untuk keluarga sehingga kadang2 nampak macam x endah benda lain..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email