Tak semestinya kita dapat. - ceritaejoy

Tak semestinya kita dapat.

9:15 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi-pagi macam ni, waktu duduk-duduk nak cari mood bekerja sampai, teringat balik kisah-kisah yang pernah berlaku sebelum ini dalam hidup aku.

Bila difikir-fikir balik, banyak sebenarnya rahmat Allah yang dikurniakan kepada kita. Samada kita sedar atau tidak, ianya memang datang kepada kita.

Bila selesai solat, sudah pasti kita menadah tangan dan memohon bermacam-macam perkara. Itu dan ini, dan kita meminta bermacam-macam dari yang maha pencipta.

Dan bila sudah meminta, sudah pasti kita ingin ianya diperkenankan. Dan bila ia tidak seperti menjadi, kita mula menyalahkan semua perkara.

Tetapi, jika dilihat dari sudut yang lain, ianya sudah diberikan kepada kita, tetapi dari aspek yang lain. Kalau kita minta kekayaan dari segi harta, diberinya kita kekayaan kesihatan. Begitulah yang lain-lainnya.

Persoalannya, kita minta macam-macam, itu dan ini, tetapi adakah kita juga memberikan apa yang dimintanya?

Semua yang ada di sini hanyalah pinjaman. Isteri berkata, suami mereka adalah hak mereka, suami pula berkata yang isteri mereka adalah hak mereka, dan siapa yang lebih berhak kepada kedua-duanya?

Jadi, bila ingin meminta, mesti juga memberi. Kan?

Lihat sekeliling kita. Sebenarnya, apa yang dimohon kita, sudah diberikan olehnya.

Kadang-kadang, ada antara kita yang tidak mengikut apa yang disuruhnya, tetapi tetap juga diberikan apa yang kita minta. Tak rasa segan ke? Ish, segan juga kan dengan sang pencipta.

Itulah Allah, maha penyayang lagi maha mengasihi. Jangan pernah malu untuk minta apa sahaja darinya. Dan bersyukur dengan setiap apa yang dikurniakan olehnya juga.

Ok semua? :)


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email