Satay penyebab sakit kanser! - ceritaejoy

Satay penyebab sakit kanser!

9:55 PG

Aku pengemar satay. Atau dalam erti kata lainnya, aku sangat gilakan satay daging. Dalam sebulan, aku mesti makan satay ( Tapi bukan setiap hari ya).

Semalam, bapa mertua aku datang kerumah. Bertujuan untuk melihat cucunya. Dan beliau membawa sedikit makanan iaitu satay daging.

Bila aku melihat satay tersebut, ianya di masak terlalu garing atau hangit. Dan ini yang membuatkan aku tak ada selera nak makan. Kenapa? Jom, aku kongsikan sedikit info mengenainya.

Sebarang daging seperti ayam, lembu, kambing, ikan dan juga kerang yang dibakar sehingga kehitaman akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Bahagian hitam yang hangus itulah yang menjadi sumber bahan kimia tersebut. Setelah dimakan, ia akan meresap ke dalam sel badan, merosakkan DNA di dalam sel nukleus dan boleh membawa kepada kanser.

Apabila protein pada daging atau kerang dimasak sehingga hangus kehitaman, sejenis kimia iaitu heterocyclic amines (HCA) terbentuk – inilah bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Pada suhu yang sangat tinggi, asid amino yang semula jadinya terdapat di dalam protein akan bergerak balas dengan sejenis bahan kimia di dalam daging – creatine lalu membentuk HCA. Bukan sahaja kaedah memanggang; menggoreng juga boleh menyebabkan daging menghasilkan HCA. HCA boleh merosakkan DNA pada sel dan menyebabkan kanser kolon.


Selain itu, lemak dan minyak yang terhasil daripada daging yang dipanggang akan jatuh ke dalam arang dan menghasilkan api yang tinggi meluap. Tindak balas ini akan menyebabkan Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) terbentuk – sejenis bahan karsinogen yang turut menyebabkan kanser. Asap yang dihasilkan daripada api yang meluap mengandungi PAHs dan akan menyelaputi makanan yang dipanggang. PAHs turut terdapat pada kehangusan yang terbentuk di atas daging selepas dipanggang. Risiko kanser perut akan meningkat sekiranya terdedah dengan PAHs.



Bagaimana caranya untuk mengurangkan risiko ini?

  • Paling mudah, sudah tentu mengurangkan pengambilan daging panggang atau,membuang bahagian yang hangus kehitaman itu semasa santapan

  • Menukar cara memasak daripada memanggang dan menggoreng kepada; penyediaan sup, stim, atau memasak dengan suhu yang sederhana tanpa hangus.

  • Perap daging/kerang dengan lebih lama akan mengurangkan HCA dan PCAs yang terhasil.

  • Pastikan anda sapu minyak pada grill untuk mengelakkan daging melekat dan hangus

  • Pastikan grill sentiasa bersih dan buang segala sisa hangus dan arang untuk mengelakkan bahan kimia yang terdapat padanya tidak berpindah kepada makanan baru yang hendak dimasak

  • Elakkan memasak di bahagian yang sudah hangus kehitaman

  • Potong daging nipis dan kecil agar ia cepat masak supaya kurang terdedah dengan asap berbahaya

  • Buang segala lemak yang terdapat pada daging sebelum memanggang untuk mengurangkan minyak yang menghasilkan api yang meluap

  • Buang kulit pada ayam

  • Jangan panggang bersentuhan dengan arang, pastikan jarak grill dengan arang tidak terlalu dekat untuk mengelakkan banyak kehitaman terbentuk

  • Pastikan api tidak bersentuhan dengan makanan

  • Terus pindahkan daging yang telah masak dari grill supaya tidak terdedah lama dengan arang

  • Gunakan drip tray untuk mengumpul minyak yang terhasil daripada daging

  • Makan lebih banyak sayur dan buah (contohnya timun) sebagai antioksida yang melawan kanser

Info ini aku peroleh dari http://ubatpensil.blogspot.com/


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email