Rahsia buat wang berjuta ringgit dengan mudah! - ceritaejoy

Rahsia buat wang berjuta ringgit dengan mudah!

4:30 PTG

Aku terbaca dalam 1 artikel di facebook 2 hari lepas. Cerita tentang seorang lelaki yang mengunakan kereta "transformer", bagaimana cara beliau membuat wang berjuta ringgit dengan mudah.


Chevrolet camaro.

Rahsia yang dikongsikan cukup mudah. Yang mana semua orang tahu. Aku pun asyik mencari, apakah rahsia mudah yang dimaksudkan, dan di pertengahan cerita barulah dia berkongsi rahsia itu.

Rahsianya adalah, jangan pernah meninggalkan apa yang disuruh. Yakni hubungan kita dengan sang pencipta. Apakah bentuk hubungan yang dimaksudkan? Ia adalah solat. Ya, solat adalah satu bentuk hubungan terus di antara kita dengan yang maha esa.

Beliau menasihatkan, jangan pernah tinggal solat 5 waktu, jangan pernah tinggal dhuha,perbanyakkan solat malam dan Perbanyakkan amal jariah. 

Antara nasihat lain yang mencuri perhatian minda aku adalah, bilamana beliau menyuruh para pekerjanya, menghentikan serta merta kerja mereka apabila azan berkumandang. Tiada maknanya kerja mereka jika ianya tidak diredhai Allah.

Katanya, azan itu adalah panggilan untuk menghadap sang pencipta manusia. Bagaimana mungkin kita menolaknya dengan alasan, sekejap lagi la solat, ada kerja yang patut disiapkan. Kan yang memangil ini adalah yang maha esa. Yang mencipta manusia. Kalau bos panggil, bukan main lagi kita mendengar, ini Allah, yang mencipta manusia. Tentulah kita perlu menghentikan apa sahaja yang kita lakukan.

Inilah rahsia yang dikongsikan beliau. Cukup mudah tetapi tidak mampu dilakukan semua orang. Kan?

Jadi, jaga yang ini, dan insyaAllah, rezeki itu mudah pada diri kita. Dah dijanjikan oleh Allah, jika kita memohon sesuatu kepadanya, akan dimakbulkan oleh Allah.

Apakah Allah itu akan memungkiri janji? Tidak sama sekali.




You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email