Ragam pekerja baru. - ceritaejoy

Ragam pekerja baru.

2:44 PTG

Sekarang ni, syarikat tempat aku bekerja, sedang giat mengambil pekerja baru. Ini untuk memenuhi pemintaan pelangan yang semakin bertambah.

Jadi, bila terlalu ramai pekerja baru, bermacam-macam ragam yang kita boleh lihat. Samada perihal diri dan bahasa.

Bila keadaan seperti ini berlaku, pasti akan ada "senior" yang mula mencari "junior". Kat sini, tiada budaya raging atau buli. Cuma biasalah, pekerja baru, kena la buat-buat kerja sikit. Kan?

Apa yang aku kurang senang dengan segelintir dari mereka adalah rasa hormat. Hormat yang sebagaimana aku inginkan?

Mungkin kerana ada sesetengah daripada mereka, mempunyai segulung kertas yang mungkin mahal pada mereka, mereka menjadi sombong. Ini kerana, mereka merasakan diri mereka sudah cukup pandai.

Bila kita ajar mereka sesuatu perkara, mereka ajar kita balik. Heloo, kau tengah sibuk pening kepala nak dapatkan kertas, aku dah keje kat sini tau. Ayaks! bunyi macam sombong lak kan?

Tapi betul, aku cukup tak berkenan dengan sifat-sifat macam ni. Pernah sekali, waktu aku duduk-duduk berehat di kerusi, ada seorang pekerja baru datang kat aku. Nak ajak-ajak borak mungkin. Aku layankan aje lah. Sudahnya, di tanyanya aku, aa, bang dah lama ke keje sini?

Aku pun, macam biasa la menipu. Hahhahahahaha. Abang baru 2 tahun keje kat sini dik. Banyak lagi yang abang kena belajar.

Ada juga pekerja yang dah bekerja 2 atau 3 tahun, dah terasa lama dah. Rasa macam senior dah. Di suruhnya pekerja baru buat macam-macam, buat itu, buat ini. Bang, kat sini, yang lebih 12tahun pun ada. Rilek je. Takda macam kau pun.

Dalam dunia ni, takda pun manusia yang habis belajar. Semua sibuk mencari ilmu. Tak mungkin dapat dihabiskan oleh manusia biasa, mencari semua ilmu. Tak caya, g tengok kat universiti, ada je yang sudah lanjut usia, tapi masih giat mencari ilmu.

Jadi, kita semua sama. Sama-sama ingin mencari ilmu. Yang mana ada ilmu, kongsikan. Yang mana kurang, rajin-rajinkan mencari.

Jangan sombong dengan apa yang anda ada. Mungkin kepandaian anda pada tempat lain, bukan juga untuk semua perkara, jadi sentiasalah merendah diri bila mencari ilmu.

Yang punya ilmu pula, janganlah kedekut untuk kongsikan ilmu yang kita ada. Besar pahalanya mengajar orang ni. Ok.


Aku menulis kerana aku merasa..


You Might Also Like

2 comments

  1. mana mana pekerja baru...kena lah ringan kan tulang..tanya kalau tak tahu...asalkan jangan bodoh sombong sudahlah

    BalasPadam
  2. Betul tu, tapi budak-budak sekarang ni macam ada sombong sikit. Kita ajar dia, dia ajar kita balik. Hish.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email