Percutian di Pulau Langkawi. - ceritaejoy

Percutian di Pulau Langkawi.

5:48 PTG

Hmm, aku sebenarnya masih tercari-cari, dimanakah lokasi yang menarik di pulau langkawi ni. Aku mencari lokasi penginapan aku sekeluarga.

Bulan disember ni, syarikat berbaik hati memberi cuti selama 2 minggu. Fuh, hujung tahun, time bonus masuk pulak kan, time tu lah wife aku ajak pergi sana.

Waktu-waktu macam ni, harga penginapan sudah semestinya mahal kan. Dan dah tentu semua hotel akan penuh.

Itu masalah kedua aku, masalah utama aku sekarang adalah, dimanakah lokasi yang menarik untuk aku sekeluarga menginap?

Hish, puas aku blogwalking, cari sahabat-sahabat blogger yang pernah sampai ke sana, tapi masih belum ada yang memikat hati aku ni.

Sebenarnya, aku belum pernah sampai lagi ke pulau langkawi, walaupun jaraknya dengan rumah keluarga aku taklah jauh mana.

.
Nampak tak dia punya dekat? Tapi aku belum pernah sampai lagi ke pulau langkawi. Hahahahahaha. Jadi, bila ada cuti panjang ni, terasa jugalah nak bawa keluarga aku ke sana. InsyaAllah. 

Jadi, kepada rakan-rakan blogger yang ada pengalaman dan tahu di mana lokasi yang menarik, boleh lah kongsikan dengan aku yer. 

Excited nak g pulau ni. Hehehehehehhe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email