Panggilan tidak berjawab. - Ceritaejoy

Header Ads

Panggilan tidak berjawab.

Hish. Tension betulkan kalau panggilan kita berjawab. Aku baru nak tidur. Terus tak jadi sebab tension. Aku buat panggilan dari pagi sehingga sekarang, tapi tiada berjawab.

Rasa macam kerja aku di office harini adalah buat panggilan kepada seseorang. Kalau berjawab takpe, ini tidak, dari pagi sehingga sekejap tadi. Tambah pula badan tidak sihat. Hmm, macam rasa nak marah-marah pun ada.

Orang yang aku call tu adalah isteri aku. Bukan apa, kita call sebab nak update keadaan dia dan anak. Kang kalau kita tak call, dikatanya kita tak ambil berat. Dah call, tak berjawab pula.

Dari pagi sampai sekarang. Akan wujud perasaan risau jika terjadi apa-apa. Handphone sampai 2, dua-dua tak berjawab.

Aku cam rasa nak beli 10 handphone. Nak letak kat semua tempat, supaya dia tahu, eh, ada orang call rupanya.

Ish. Tensionlah!


Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com