Mengapa aku suka motosikal berkuasa tinggi. - ceritaejoy

Mengapa aku suka motosikal berkuasa tinggi.

4:16 PTG

Aku nak kongsikan sedikit minat aku dengan semua. Aku sangat sukakan motosikal berkuasa tinggi. Ia sebenarnya bermula sewaktu aku kecil. Waktu itu, aku kerap ternampak konvoi motosikal ini di lebuh raya ketika pulang beraya bersama keluarga di utara.

Tetapi minat ini semakin menjadi-jadi bila aku terbaca satu majalah pada tahun 2009. Majalah roda-roda dengan paparan muka hadapan Kawasaki ZX6R.


Model inilah yang membuatkan aku tidak tidur malam. Sentiasa termimpi-mimpikannya. Ia cukup sempurna pada mata aku.

Tetapi ia sekadar minat. Kerana, untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi memerlukan belanja yang sangat besar.

Terus terang aku katakan, ia sangat mendalam di jiwa aku. Dan sehingga kini, aku masih menabung hanya untuk memilikinya kelak.

Rezeki hari ini tak pasti untuk aku memilikinya. Rezeki mendatang tak siapa tahu.

Dan di antara sebab lain, mengapa aku begitu meminatinya, adalah disebabkan oleh kedudukan penunggang kenderaan ini.



Kedudukan seperti ini yang betul-betul membuatkan aku sangat teruja. Seperti bersedia untuk kelajuan yang tiada had! Hehehehe.


Kelengkapan pakaian sewaktu menunggang juga adalah suatu perkara yang sangat cantik pada pandangan mata aku. Cukup kemas.

Tetapi, jika ianya dipakai untuk tunggangan jarak jauh di dalam malaysia. Hmm, rasa macam tak sesuai.


Opss. Ini cuma selingan sahaja. Untuk model ducati yang baru. Ducati monster 1200. Hehehehe.






You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email