Manusia boneka. - ceritaejoy

Manusia boneka.

11:29 PG

Manusia boneka atau boneka manusia? Apa yang cuba aku kongsikan adalah kehidupan manusia yang dikawal oleh tali sama seperti permainan boneka. Ianya samada dikawal oleh majikan atau sesiapa sahaja.

Bagaimana ini boleh terjadi? Mungkin akibat daripada desakan hidup yang memaksa mereka menjaga setiap perkara termasuklah kerjaya dan kehidupan sosial.

Jadi, apa kaitannya dengan boneka? Ia adalah pada corak kehidupan yang dikawal oleh mereka yang diatas. Kita punya kehidupan sendiri. Semua manusia juga punya kehidupan sendiri. Tetapi kenapa ada yang tidak mampu menjalaninya sendiri? Kenapa kehidupan kita perlu di kawal?

Permasalahan ini berlaku pada mereka yang berada di atas. Yang menganggap diri kita seperti boneka. Yang boleh disuruh apa sahaja. Sama dengan permainan boneka. Jari atas yang mengerakkan tubuh dibawah.

Pernah lihat boneka memutuskan talinya? (Mungkin ada, tapi aku belum pernah melihatnya lagi) Ini bermakna selagi mana tali itu ada, selagi itulah ia perlu mengikut setiap arahan yang diberi.

Sama seperti kehidupan hamba. Yang menurut sahaja setiap arahan tuannya. Itu permasalahan lama, dalam dunia serba moden ni, ianya kekal dalam kehidupan kita.

Kita perlu mengikut setiap arahan termasuklah arahan tidak masuk akal. Ini untuk menjaga kelansungan kehidupan kita.

Persoalannya sampai bila? Sampai bila? Aku bosan dengan kehidupan seperti ini. Samada sedar atau tidak, hampir kebanyakkan orang menjalani kehidupan yang sama.

Yang membezakan cuma cara pelaksanaannya. Konsepnya tetap sama. Ini juga penyebab mengapa orang berebut-rebut mendapatkan kuasa.

Pelaksanaan kuasa tidak hanya pada perkara-perkara yang mati tetapi pada kehidupan juga. Kuasa mampu mengawal manusia. Dan manusia boleh dikawal dengan suara.

Kehidupan manusia tak seindah mana jika masih ada tali-tali yang mengawal. Bagaimana boleh memotong tali-tali ini dan mula berlari tanpa ada kawalan?

Masa tetap bergerak, keadaan sekeliling juga mula berubah. Tetapi corak kehidupan tetap sama. Persoalannya sampai bila? 

Aku mencari dan terus mencari jawapan kepada persoalan ini.


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email