Layakkah seorang majikan.. - ceritaejoy

Layakkah seorang majikan..

8:37 PG

Ia mungkin berbeza dengan orang lain, tetapi sama dengan kami. Apa yang cuba aku sampaikan adalah, layakkah seorang majikan memaki hamun pekerjanya tanpa ada usaha untuk membantu?

Memang benar, majikan adalah seorang yang berpangkat tinggi atau di panggil bos besar. Bila berada di suatu tempat teratas, mereka adalah golongan terpelajar dan cerdik pandai. Ilmu mereka sangat berharga pada semua. Tetapi, apakah maknanya jika tidak digunakan dengan baik?

Bila berlaku sesuatu masalah, mereka cuma tahu memaki hamun tanpa ada usaha untuk membantu. Aku tidak kisah jika mereka turut sama membantu menyelesaikan masalah. Memang benar mereka ada hak untuk marah, tetapi jika mereka turut sama selesaikan, marah itu akan jadi 1 ilmu dan bukannya dendam.

Mengapa aku cakap dendam? Aku masih belum berjumpa dengan mereka yang sukakan atau benar-benar suka kepada bos mereka. Pasti akan ada sedikit kata-kata yang menunjukkan "ketidakpuashatian" mereka kepada majikan. Orang kita, kalau kena yang betul, mereka akan ikut cara yang betul. Bagaimana pula kalau tidak kena caranya? Itu yang macam-macam ilmu dibuatnya pada majikan tu.

Pada aku, majikan yang terbaik adalah, bukan setakat melepas kemarahan sahaja. Mereka perlu bersama-sama pekerja menyelesaikan masalah yang berlaku. Ini untuk mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan. Dan sekali lagi, marah itu akan menjadi pengajaran yang baik kepada majikan dan bukannya dendam.

Manusia perlu berhubung. Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Manusia di ciptakan untuk berpasangan. Jadi, bila sebut majikan. Mereka tidak boleh berseorangan. Mereka perlukan teman. Dan siapa teman mereka? Pekerja bawahan mereka.

Tiada ada maknanya, jika ada majikan, tiada pekerja. Jangan hanya memandang kepada mereka yang kuat bodek sahaja. Hargai pekerja yang benar-benar bekerja. Ini untuk memastikan, syarikat yang membangun, benar-benar hebat!

Majikan? Buka mata dan lihat, siapa yang ada di depan anda.

Aku menulis kerana aku merasa..

You Might Also Like

3 comments

  1. Tanpa pekerja majikan xgerak la kan.. patut hargai pekerja..

    BalasPadam
  2. pergghhhh... terbaik ni.. betul dan sokong pandangan ni..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email