Kenali punca sebenar permasalahan. - ceritaejoy

Kenali punca sebenar permasalahan.

10:37 PG

Hari ini, aku bergelut dengan 1 masalah di tempat kerja. Ini kerana, aku tidak bersetuju dengan tindakan team leader yang menyalahkan seorang pekerja kerana menimbulkan 1 masalah kepada production line.

Masalah berpunca daripada pemasangan seorang pekerja lain. Dan pekerja ini pula tidak periksa pemasangan tersebut. Di line production, setiap pemasangan part yang di pasang, akan di periksa oleh pekerja di sebelah proses beliau.

Jika kurang paham, ini penerangannya. Jika station 1 pasang part, station 2 akan reconfirm semula pemasangan station 1, adakah betul atau tidak pemasangannya itu. Begitulah seterusnya sehingga lengkap pemasangan sesuatu produk itu.

Masalah yang berlaku semalam adalah, station 6 tersilap dalam pemasangan part, tetapi station 7 tidak memeriksa dengan baik dan melepaskan masalah ini sehingga timbul masalah yang lebih besar.

Team leader di bahagian production pula menyalahkan pekerja station 7 kerana tidak memberi fokus yang baik ketika bekerja.

Aku sangat-sangat tidak bersetuju dengan perkara seperti ini. Masalah berpunca daripada siapa? Mereka ini yang patut disalahkan. Bukan orang lain.

Bila berlaku sesuatu masalah, fokus pada akar kepada permasalahan tersebut dan selesaikan. Bukan pada perkara yang tidak sepatutnya.

Sebagai contoh, kita selalu dengar masalah berkaitan kewangan. Wang tidak pernah cukup untuk belanja sebulan. Jadi apakah akar kepada masalah ini? Akar kepada permasalahan ini adalah pendapatan kita tidak cukup dan kita perlu cari sumber pendapatan baru. Dan bila kita buat perkara ini, masalah ini boleh terus diselesaikan dan tidak berulang lagi.

Sama juga kisahnya dengan production line tadi. Jika masalah itu berpunca daripada pekerja station 6. Fokus pada beliau sahaja. Dan bukannya menyalahkan pekerja di station 7 sahaja.

Masalah pada kebanyakkan orang, hanya fokus pada masalah yang terjadi.

Apa-apa pun masalah yang berlaku, fokus pada akar permasalahan, selesaikan di situ dan sudah pasti masalah tidak akan berulang kembali.

Hish. Aku mula yang jadi marah pada team leader ni. Hmm. Sabar sabar.

Aku menulis kerana aku merasa..

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email