Kemalangan di terowong menora. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kemalangan di terowong menora.

Aku terbaca cerita ini daripada seorang rakan yang kebetulan berada di kawasan itu. Kemalangan ini berlaku betul-betul dihadapan mata beliau. Dan beliau juga, antara salah seorang yang membantu ketika itu.

Bila difikirkan, tiada salahnya kereta itu. Ianya berpunca daripada lori tersebut. Dan seperti kata orang lain, ianya sudah ketentuan ilahi.

Memang benar, ia sudah menjadi ketentuan ilahi, tetapi adakah dengan hanya berkata sahaja? Mengikut berita TV sebentar tadi, pemandu lori tersebut berada di dalam keadaan mabuk. Apakah benar beliau berada di dalam keadaan mabuk? Jika ya, apakah ia juga adalah ketentuan ilahi?

Apakah yang mampu dilakukan oleh kerajaan untuk mengelakkan perkara seperti ini dari berulang? Satu perubahan drastik perlu dilakukan.

Pertambahan jumlah kereta di atas jalan raya setiap tahun sentiasa menunjukkan angka yang sangat besar. Bagaimana pula dengan angka pelupusan kereta? Adakah menunjukkan angka yang besar juga? Setiap tahun, pertambahan kereta yang mengunakan lebuh raya semakin meningkat. Apakah "keadaan" lebuh raya berubah?

Tidak. Tetap sama. Jadi, kebarangkalian untuk berlaku sesuatu kemalangan itu sangat tinggi.

Etika pemanduan juga menjadi topik penting bila berlaku sesuatu kemalangan maut. Pemandu memandu kereta mereka terlalu laju untuk cepat sampai ke destinasi yang dituju.

Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan awam, bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi?

loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com